Griezmann Terkejut Namanya Tidak Disenarai Pendek Bagi Anugerah Ballon D’Or

Penyerang antarabangsa Perancis, Antoine Griezmann percaya beliau merupakan antara tiga pemain terbaik dunia sepanjang tahun 2018 dan berhak berada dalam senarai pemain terakhir bagi undian anugerah Ballon D’Or.

Pemain Atletico Madrid itu mencapai tahap tertinggi dalam bola sepak apabila  membantu Perancis memenangi Piala Dunia 2018 di Russia dua bulan yang lalu. Griezmann bermain cemerlang sepanjang kempen Piala Dunia dan berada di tempat ke-3 di belakang Luka Modric dan Eden Hazard bagi anugerah Golden Ball.

Perancis menang Piala Dunia, tapi kenapa takde pemain Perancis langsung dalam senarai pendek Ballon D’Or ?

Griezmann pernah disenarai pendek untuk anugerah Ballon D’Or pada tahun 2016 bersama Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. Berdasarkan pencapaian cemerlang beliau pada tahun ini, bekas pemain Real Sociedad ini percaya beliau sepatutnya berada dalam kelompok 3 pemain terbaik bagi anugerah Ballon D’Or yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Selain memenangi Piala Dunia, Griezmann juga bermain baik di peringkat kelab. Beliau berjaya menjaringkan 22 gol dari 33 perlawanan bersama kelabnya musim lalu, dan turut menjulang trofi Europa League pada penghujung musim.

“Saya sepatutnya berada dalam kelompok 3 pemain terbaik. Pada tahun 2016, saya tewas dua perlawanan akhir tapi tahun ni, saya menang 3 perlawanan akhir. Jadi lu pikir la sendiri….” Ujar Griezmaan ketika ditemuramah majalah bola sepak Perancis tersohor, L’Equipe.

Wabak terkejut bukan hanya melanda Malaysia sahaja tetapi juga Perancis. Griezmann melahirkan perasaan terkejutnya apabila mendapat tahu tiada seorang pon pemain Perancis disenarai pendek bagi anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2017/2018.

Griezmann berada di tangga ke-3 pada tahun 2016 untuk anugerah Ballon D’Or, di belakang Messi dan Ronaldo.

Luka Modric mengejutkan banyak pihak apabila mengenepikan cabaran Cristiano Ronaldo dan Mohamed Salah untuk memenangi anugerah tersebut.

“Keputusan FIFA sungguh ganjil dan tidak patut. Ini merupakan trofi yang diberikan oleh FIFA, betul kan ? Kami baru sahaja memenangi Piala Dunia dan tiada seorang pon Pemain Perancis disenarai pendek. Memang betul senarai tersebut hasil undian tetapi ia lagi mengejutkan.”

Griezmann juga sempat ‘membahan’ rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan, Kylian Mbappe yang tidak menyenaraikan namanya dalam kelompok 3 pemain terbaik bagi aungerah Ballon D’Or.

“Mungkin Mbappe terlupa ? Haha… Anda perlu tanya Mbappe sekali lagi. Mungkin juga sebab beliau tidak suka corak permainan saya ? Semua pemain ada pendapat masing-masing.”

Griezmann mencium trofi Europa League yang dimenanginya musim lalu

Griezmann yang kini berusia 27 tahun telah menjaringkan 80 gol dari 145 perlawanan untuk Atletico Madrid sejak menyertai kelab tersebut pada tahun 2014. Beliau juga menolak tawaran lumayan dari Barcelona pada jendela perpindahan lalu untuk terus kekal bersama Atletico Madrid.

Di peringkat antarabangsa pula, Griezmann mempunyai 61 penampilan dan berjaya menjaringkan 24 gol sejak melakukan debut pada tahun 2014. Beliau turut memainkan peranan penting dalam kempen Piala Dunia 2018 dengan menyumbang 4 gol.

BACA:  France 3-1 Poland: Kylian Mbappe Pamer Aksi Superstar