Guardiola Beri Amaran Kepada Haaland, Jangan Jadi Bongkak

Erling Haaland adalah antara nama besar dalam bola sepak pada hari ini dan kali ini, dia berada di landasan yang tepat untuk menjadi pemain Manchester City yang pertama yang berpotensi untuk menjadi bintang global serta menjadi calon pemenang Ballon d’Or di masa hadapan.

Walaibagaimanapun, awal-awal lagi Haaland sudah pun menerima teguran daripada pengurus pasukan, Pep Guardiola, yang mahukan pemain ini tampil merendah diri seperti Kevin De Bruyne.

Guardiola berkata demikian selepas pembelian pemain ini dari Borussia Dortmund pada harga GBP 51 juta.

Selepas perlawanan menentang Bayern Munich tempoh hari, Haaland yang menjaringkan gol kemenangan City agak keberatan untuk menghadiri sidang media.

“Berapa lama eh agak-agak?” tanya Haaland kepada para jurnalis. Setelah diberitahu dia akan ditemuramah selama lima minit, dia memberikan mimik muka yang tak berapa nak ceria, seolah terpaksa duduk di belakang meja.

“Kita boleh ejas 10 minit kalau komen nak,” jawab seorang pegawai media City, lantas membawa kepada senyuman yang kelat daripada Haaland.

Walaubagaimanapun, pemain ini tampil dengan tenang dan tidak emosi ketika menjawab pertanyaan daripada para wartawan.

“Rasa seronok dapat bermain selepas berehat enam minggu tanpa bola sepak,” Haaland berkata, selepas dia tidak diturunkan dalam perlawanan pertama menentang Club America kerana masih lagi dalam fasa membina kecergasan.

“Aku ni kalau nak kira memang banyak la tengok perlawanan Mancheser City beberapa tahun lepas dan mereka bermain tanpa seorang penyerang.

“Jadi, sudah tentulah, aku nampak diri aku yang berada di posisi tu.

“Aku tak terkejut pun aku yang jaringkan gol.

“Rasa seronok. Aku boleh cakap yang ini adalah kali pertama aku menang ke atas Bayern, selepas tewas tujuh kali berturut-turut.

“Mengalahkan Bayern ni adalah satu perasaan gembira yang tak terhingga. Ini adalah ujian sebenar sebelum bertemu Liverpool lagi seminggu nantni.

“Aku tak nak bercakap sangat tentang Dortmund, tapi Guardiola ni gila sikit dan aku suka dia macam tu.

“Aku dah berlatih elok dan sudah sedia untuk apa yang berlaku nanti.”

Selepas itu giliran Guardiola pula menjawab pertanyaan para wartawan dan dia menekankan betapa pentingnya untuk para pemain menyesuaikan diri dalam budaya pasukan.

Halaand, yang genap usianya 22 tahun pada hari Khamis lalu, adalah antara bintang muda yang akan membawa cabaran City pada musim baru nanti bersama-sama Cole Palmer, Liam Delap dan James McAtee.

Selepas menewaskan Bayern, Haaland dilihat memeluk Josh Wilson-Ebrand selepas pemain bek sisi ini tampil cemerlang dalam perlawanan siri jelajah pra-musim.

“Kalau pemain baru datang tu adalah orang biasa, maka mudah lah dia nak campur dengan rakan sepasukan,” ujar Guardiola.

“Kumpulan pemain yang ada beberapa tahun ini adalah sangat-sangat cemerlang. Hangpa tengoklah sendiri.

“Mungkin Kevin adalah pemain yang paling penting buat kita semua. Dia memang seorang yang tawaduk, dan dia pun suka Haaland datang sini.

“Haaland pun nampak baik, nampak rendah diri gitu.”

Pada hari ini, De Bruyne adalah satu-satunya pemain yang tinggal sebelum Guardiola menjadi pengurus pasukan City sejak enam tahun lalu.

“Nampak sangat aku dah tua,” Bruyne berkata sambil berjenaka.

“Ada banyak perubahan dalam beberapa tahun ini dan ada la juga rasa sedih tu sebab aku memang rapat dengan beberapa pemain yang dah keluar tu.

“Sesetengah tu akan jadi kawan sampai akhir hayat dan kami ucapkan selamat maju jaya – kecuali bila lawan kitorang selama 90 minit.

“Aku dah berada di kelab ini selama tujuh tahun, Pep di sini enam tahun. Itu adalah satu tempoh masa yang lama dalam bola sepak.

“Tapi aku tetap gembira dengan apa yang aku buat di sini dan harapnya kelab pun gembira la dengan aku sekali.

“Aku tengok pemain-pemain baru ni memang mantap. Diorang bawa kualiti ke dalam pasukan dan sudah menyesuaikan diri dengan cara pemainan sekali.

“Bagi Erling, dia perlahan sikit sebab kitorang bagi penjagaan ekstra kepada dia tapi kualiti tu memang dia ada. Kau memang boleh nampak walaupun dia baru beberapa hari berada bersama kami.

“Kalau penyerang tu nak jaringkan gol, aku akan cuba bantu dia buat gol.

“Tapi normal lah, kan? Apabila penyokong rasa teruja dengan kehadiran dia.

“Kau tengok rekod dia sebagai seorang penyerang, dan dia sudahpun menjadi antara yang terbaik di dunia.

“Bila kau beli pemain macam tu, memang akan ada harapan yang menggunung tapi dia tak nampak tertekan langsung pun setakat ini.”

Sumber : Mirror

Baca Juga

Baca Juga