Guardiola Jelaskan Kenapa Beliau Memberi Arahan Taktikal Kepada Budak Milo

Pep Guardiola dirakam kamera ketika memberi arahan kepada seorang budak Milo semasa perlawanan Manchester City dengan bergaya membenam Crystal Palace dengan lima jaringan tanpa balas.

Terkenal dengan kepakaran taktikal, Pep sentiasa mahukan yang terbaik dalam merencanakan rancangannya dan budak Milo jugak tidak terlepas untuk berada perancangan Pep.

Maka budak milo tersebut dilihat mendapat penerangan taktikal semasa perlawanan di Etihad. Selepas perlawan Pep tampil memberi penjelasan.

“Kalau korang tengok game 30 minit pertama, kami tidak bersedia untuk berada di sana. Budak milo sangat perlahan dan semua orang bermain dengan perlahan.”

“Masa ada kekasaran, takde sorang pun pergi amek bola, 5 hingga 10 saat diambil untuk memulakan kembali permainan. Apbila ini berlaku permaian jadi perlahan.”

Lantaran itu Pep telah membuat satu team talk dengan semua pemain termasukalah budak Milo supaya lebih cepat memberi bola kepada pemain apabila bola keluar dari padang.

Hasilnya Pep mendapat apa yang beliau mahu, 1-0 pada separuh masa pertama bertukar menjadi 5-0 pada masa penuh perlawanan. Menjadikan 3 perlawanan terakhir City dengan 16 jaringan.

Gol dari Raheem Sterling, Leroy Sane, Sergio Aguero dan Fabian Delph memastikan City terus berada di puncak liga dengan perbezaan jaringan di atas jiran mereka Manchester United.

Reaksi Warga Internet

Aksi Pep memberi arahan kepada budak milo ini menimbulkan sensasi di internet dan mereka menggelarkan situasi ini sebagai ‘Pep Talk’.

https://twitter.com/TrollFootball/status/911624685393235969

Baca Juga

Baca Juga