Guardiola Letak Bayern Munich, Barcelona & Juventus Sebagai Pasukan Terbaik Sepanjang Sedekad Yang Lalu

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola meletakkan Barcelona, Bayern Munich dan Juventus sebagai pasukan terbaik sepanjang 10 tahun kebelakangan ini dan turut mencabar pasukan bimbingannya sekarang supaya menyamai konsistensi yang ditunjukkan ketiga-tiga pasukan tersebut.

Pengurus berasal dari Catalan itu mahu Manchester City mengikut jejak langkah ‘tiga pasukan gergasi Eropah’ itu dalam memenangi kejuaraan dometik dan pada masa yang sama mencabar kejuaraan di peringkat Eropah.

Pep anggap Barca, Bayern dan Juventus sebagai penanda aras. Mungkin Pep kena tambah lagi satu team dari Selatan. Dah bertahun-tahun gondol juara liga

Manchester City masih lagi berada dalam keempat-empat pertandingan yang mereka sertai musim ini selepas mudah membelasah Burnley 5-0 dalam pusingan ke-4 Piala FA.

Dalam sidang media selepas tamat perlawanan tersebut, Guardiola telah ditanya mengenai prospek pasukannya mencapai ‘quadruple’ musim ini, iaitu membolot kesemua empat trofi.

Guardiola berkata pasukan seperti Juventus, Barcelona dan Bayern Munich adalah tanda aras buat Manchester City kerana pasukan ini mampu bersaing secara konsisten di peringkat domestik dan Eropah.

Kenyataan yang keluar dari Guardiola ini dilihat agak kontroversi kerana musuh ketat Barcelona, Real Madrid berjaya memenangi 3 trofi Liga Juara-Juara Eropah secara berturut-turut tetapi langsung tidak dipandang Guardiola.

Real Madrid bukan pasukan penanda aras walaupun berjaya memenangi empat trofi Liga Juara-Juara Eropah sepanjang 5 tahun yang lalu.

“Saya sudah cakap banyak kali. Saya tahu anda semua [wartawan] pemurah orangnya dan terima kasih semua, tetapi setiap kali anda membuat kenyataan seperti itu, kami akan kalah dalam sesuatu pertandingan. Saya rasa anda mahu memprovokasi saya dengan cara tersebut.”

“Apa yang penting sekarang adalah kami masih bersaing dengan musim memasuki penghujung Januari. Apabila anda berada di kelab-kelab besar, ia adalah perbezaan yang ketara.”

“Saya sudah cakap banyak kali. Siapakah pasukan terbaik sepanjang sedekad yang lalu ? Juventus, Barcelona, dan Bayern Munich. Tiga pasukan ini adalah yang terbaik di Eropah.”

“Sebab apa? Kerana setiap musim mereka berjaya memenangi liga, setiap musim mereka berjaya memenangi piala, dan setiap musim mereka akan bersaing. Kerana mereka adalah pasukan yang terbaik.”

Man City mesti ikut perangan Bayern Munich memenangi liga setiap musim

“Kami mungkin tidak dapat untuk mendekati pasukan ini kerana ia sangat sukar. Tetapi kami boleh meniru mereka. Contohnya adalah dengan berada dalam setiap pertandingan sehingga penghujung. Kadang kala anda bertuah, dan kadang kala anda tidak bertuah. Tapi paling penting adalah mesti berada sehingga penamat.”

“Itu yang saya mahu. Liga Perdana Inggeris, sehingga hujung musim. Final Piala Carabao dua tahun berturut-turut ? Tahniah kepada para pemain.”

“Piala FA hari ini dan mara ke pusingan seterusnya dan bersedia untuk menghadapi Schalke 04 dalam Liga Juara-Juara Eropah. Itulah cara untuk menjadi pasukan yang lebih baik dan kelab yang hebat.”

BACA:  Guardiola Umumkan Tarikh Perpisahannya Bersama Manchester City