Guardiola: Saya Mahu Bermain Dengan Arsenal Di Bawah Arsene Wenger

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mendedahkan beliau ingin bermain dengan Arsenal di bawah Arsene Wenger ketika beliau masih lagi bergelar seorang pemain.

Walaubagaimanapun, hasrat Guardiola itu terpaksa dilupakan kerana Wenger memberitahu tiada slot untuk beliau adalam skuad Arsenal ketika itu.

Bila nak pencen Pak Weng ?

Dalam satu sidang media awal minggu ini, Wenger memberitahu Guardiola pernah melawat rumahnya untuk memberitahu hajat beliau untuk bermain dengan Arsenal.

Sudah tentu perpindahan tersebut tidak berlaku dan Guardiola berkelana ke Itali untuk bermain dengan Brescia dan AS Roma selepas meninggalkan Barcelona. Guardiola juga sempat bermain di Qatar bersama kelab Al-Ahly selama dua musim sebelum mengakhiri karier bolasepaknya di Mexico bersama kelab Dorados.

Ketika bercakap kepada sidang media menjelang perlawanan final Piala Carabao hujung minggu ini menentang Arsenal, Guardiola berkata beliau sangat berminat untuk bermain di bawah Arsene Wenger ketika itu.

Terdapat persamaan di antara corak permainan pasukan Guardiola dan Wenger

“Saya sangat berminat untuk bermain di bawah Arsene Wenger. Saya menelefon beliau untuk mengatur satu temu duga dan Wenger mengundang saya ke rumahnya. Beliau adalah seorang yang sangat baik.”

“Saya beritahu Wenger yang impian saya adalah untuk bermain di Liga Perdana Inggeris dan mahu bermain di bawah beliau kerana saya tahu saya mampu membantu pasukannya.”

“Mungkin saya kedengaran sedikit angkuh ketika itu, tetapi beliau sudah mempunyai skuad yang lengkap dan tiada ruang untuk saya dalam pasukan Arsenal ketika itu.”

“Saya sangat memahami situasi tersebut tetapi sudah tentu saya mahu bermain di bawah beliau. Perpindahan tersebut tidak berlaku dan saya tidak sebaran masalah dengan apa yang telah terjadi.”

Kali terakhir mereka bertemu di Wembley adalah separuh akhir Piala FA musim lalu, dimana Arsenal menang 2-1

Corak kejurulatihan dan filosofi yang diamalkan Guardiola sepanjang karier pengurusannya telah dibandingkan dengan Wenger, dan Guardiola berkata beliau faham mengapa wujud persamaan di antara beliau dan pengurus Arsenal itu.

“Wenger suka pemain yang mempunyai kualiti yang baik dengan bola. Saya pula suka banyak perkara, tetapi jika umum mengatakan Manchester City bermain seperti Arsenal sepanjang 20 tahunyang lepas, ia bagus untuk pasukan kami.”

City akan turut di Wembley malam ini selaku pasukan pilihan untuk menjulang trofi tersebut dan bakal menentang pasukan yang sedang bergelut dalam liga dan sekadar menghuni tangga ke-6. Guardiola dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk meraih trofi pertamanya bersama Manchester City sejak tiba di England pada tahun 2016.

BACA:  Arsenal Buat Mesyuarat Tergempar Dengan Penaja Kerana Post Elneny: "Palestine Lives Matter"