Guardiola: Tahniah Liverpool, Anda Berhak Berada Di Kedudukan Teratas

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata Liverpool sememangnya berhak menduduki tempat teratas dalam Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Manchester City yang merupakan juara bertahan Liga Perdana Inggeris, berdepan tugas yang getir untuk mengekalkan kejuaraan liga dan kini ketinggalan 4 mata di belakang Liverpool dengan perlawanan berbaki 16 sahaja lagi.

Guardiola ucap tahniah, Liverpool lebih dari berhak berada di tangga teratas. Bakal champion EPL 2018/2019?

Liverpool akan melayan kunjugan Crystal Palace di tempat sendiri malam ini dan dijangka tidak akan berdepan sebarang masalah untuk mengutip 3 mata. Jika Liverpool menang, City mungkin ketinggalan 7 mata sebelum mereka turun beraksi menentang Huddersfield pada hari Ahad nanti.

Dua minggu yang lalu, Manchester City mendapat tonik terbaik untuk menghidupkan peluang mereka untuk mengekalkan kejuaraan liga apabila meleburkan rekod tanpa kalah Liverpool.

Namun begitu, Guardiola menerima hakikat pasukannya berdepan tugas getir untuk merapatkan juarang mata dengan Liverpool.

“Masih banyak lagi perlawanan yang kami perlu harungi tetapi apa yang boleh saya cakap sekarang kepada Liverpool adalah ucapan tahniah atas apa yang mereka sudah lakukan musim ini.”

“Apabila sesebuah pasukan memenangi jumlah perlawanan seperti mereka, dan memenanginya dengan cukup selesa, itu bukan disebabkan mereka bernasib baik. Sebab itulah bagi kami, ia merupakan satu cabaran yang besar.”

Pasukan yang lebih baik dari Manchester City musim ini dari kaca mata Guardiola

“Kami perlu berada dekat dengan mereka supaya mereka sedar kehadiran kami. Itu satu-satunya perkara yang anda perlu lakukan apabila ketinggalan.”

“Cara terbaik adalah dengan memenangi perlawanan dan apabila kami menang, pihak lawan mesti berasa Manchester City adalah pasukan yang kuat. Itu sahaja caranya.”

“Saya tidak akan cakap musim ini adalah lebih baik dari musim lepas – Ia merupakan cabaran yang berbeza dan semua orang tahu mengenai perkara tersebut.”

City akan terus berjuang sehingga titisan peluh terakhir

“Saya sudah beritahu sejak permulaan liga yang kami tidak akan mampu memenangi 18 perlawanan berturut-turut atau menjelang Januari, Februari pasukan lawan berada 9,10, 11 mata di belakang kami.”

“Kami tidak boleh nafikan terdapat sebuah pasukan dalam Liga Perdana Inggeris yang lebih baik daripada kami. Kami perlu terima hakikat tersebut dan terus mencabar mereka.”

BACA:  Kebangkitan Istanbul : Final UCL Paling Agung Dalam Sejarah Bola Sepak