Guardiola Tampil Beri Penjelasan Insiden De Bruyne Jerit “Diamlah, Diamlah” Ke Arahnya

Manchester City mudah mara ke perlawanan akhir Champions League selepas membelasah Real Madrid. Namun demikian pertengkaran panas di antara Kevin de Bruyne dan Pep Guardiola turut menarik perhatian.

Pendahulu Premier League itu menewaskan Real Madrid 4-0 di Stadium Etihad pada awal Khamis lalu untuk membenarkan mereka bertemu Inter Mulan di perlawanan akhir di Istanbul pada 10 Jun akan datang.

City tidak perlu bekerja keras ketika menang ke atas Real apabola mendominasi penuh perlawanan. Namun Guardiola masih menuntut kesempurnaan daripada barisan anak buahnya sehingga menyebabkan De Bruyne hilang sabar pada babak kedua perlawanan.

Pemain tengah dari Belgium itu jelas tidak senang dengan input dan arahan yang diberikan oleh pengurusnya apabila dirakam menjerit “Diamlah, Diamlah” ke arah Guardiola yang berada di kawasan teknikal City.

Rakaman video itu pantas menjadi tular di media sosial sehingga memaksa Guardiola tampil dengan penjelasan.

“Ketika kedudukan sudah 2-0, pemain masih berterusan melakukan tekanan. Masalahnya Gundogan kehilangan bola.

“Kevin pula melakukan tiga transisi (pertukaran arah permainan) yang tidak diperlukan, dan kami terlalu memikirkan untuk menekan pada ketika kamu perlu melakukan perkara sebaliknya untuk menenggelamkan dan menghancurkan lawan.

“Tetapi ia perkara normal, jika terus menekan, lawan boleh menghukum, walaupuns secara keseluruhan ia adalah persembahan luar biasa.”

Bekas jurulatih Belgium, Thierry Henry yang bertugas sebagai pundit CBS Sports berkongsi pandangan beliau mengapa De Bruyne kelihatan sedikit beremosi pada ketika itu.

“Ia adalah momen yang yang menyentuh hati. Saya tidak boleh mendedahkan butirannya kerana ia adalah isu peribadi.

“Tetapi apa yang dikongsikan olehnya [De Bruyne] selepas perlawanan menyebabkan saya amat menghormati beliau pada malam ini, dan bagaimana beliau bergelut untuk membantu pasukan.

“Saya tidak boleh berkongsi lebih mengenai apa yang dia katakan. Sekali lagi di mata saya dia adalah pemain yang sangat penting,” kata Henry.

Sikap De Bruyne terhadap Guardiola memang mengejutkan ramai. Sebelum ini Guardiola turut pernah mempersoalkan beberapa kali perkara berkaitan sumbangan De Bruyne kepada pasukan pada musim ini.

Walaupun demikian pemain berusia 31 tahun itu kekal menjadi sebahagian tunjang utama pasukan City yang kini sedang giat mempertahankan kejuaraan Premier League, dan mara ke perlawanan akhir Piala FA dan Champions League.

BACA:  Guardiola Percaya Phil Foden Sudah Bersedia Untuk Dipanggil England