Guardiola: ‘Treble’ Domestik Lebih Sukar Dari Menangi Liga Juara-Juara Eropah

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata ‘Treble’ domestik yang pasukannya lakukan musim ini sebenarnya lebih sukar dari memenangi Liga Juara-Juara Eropah.

Tambah Guardiola lagi, kejayaan menggondol kesemua trofi di peringkat domestik mampu diulangi lagi pada masa hadapan.

Guardiola mendakwa pencapaian treble domestik lebih sukar dari Liga Juara-Juara Eropah. Betul ke ?

Manchester City melengkapkan musim yang penuh gemilang selepas mudah membelasah Watford 6-0 dalam perlawanan akhir Piala FA malam tadi, sekaligus menjadi pasukan pertama dalama sejarah membolot kesemua trofi di peringkat domestik.

Terdahulu, The Citizens berjaya memenangi Piala Carabao pada bulan Februari sebelum mengenepikan cabaran sengit Liverpool untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Namun begitu, Liga Juara-Juara Eropah masih menjadi satu-satunya trofi yang Guardiola belum pernah menangi sepanjang bergelar pengurus Manchester City. Musim ini mereka hanya sekadar layak sehingga peringkat suku akhir sebelum ditunjukkan jalan keluar oleh Tottenham Hotspurs dalam cara yang cukup syahdu.

Piala FA melengkapkan musim penuh gemilang Guardiola. Ini bermakna Manchester United tidak perlu mengharungi pusingan kelayakan Europa League. Patut la beriya sangat sokong, lulz

“Musim ini adalah antara musim paling cemerlang pernah saya lalui sepanjang menjadi pengurus. Saya tidak boleh cakap ini yang terbaik tetap yang pasti, musim ini adalah antara salah satu.”

“Untuk bermain dalam semua pertandingan, kami berjaya menjadi pasukan pertama yang melakukan pencapaian sebegini. Jikalau ada pasukan yang mampu melakukannya, lambat laun akan ada pasukan yang mengulangi pencapaian ini tetapi kami berjaya menjadi yang pertama.”

“Saya sangat sukakan Liga Juara-Juara Eropah tetapi pencapaian ini [Treble domestik] adalah lebih sukar dari memenangi pertandingan tersebut.”

“Mewakili pihak kelab dan pemilik kelab, Syeikh Mansour, kesemua pemain berhak menerima pujian setingi-tingginya. Kerana pencapaian ini bukan satu perkara yang mudah dimana mereka perlu bermain setiap 3 hari. Satu malam yang buruk bermakna anda terkeluar dari persaingan.”

Kali ke-2 berturut-turut buat Guardiola

“Hari ini kami bermain dengan tenaga yang kurang kerana memenangi Liga Perdana Inggeris merupakan perkara yang cukup sukar. Minggu ini kami tidak dapat mengekalkan tahap tenaga yang sama tetapi pasukan ini melakukan apa yang perlu dilakukan dalam perlawanan tadi.”

Guardiola turut meluahkan keyakinannya bawaha Manchester City akan menjadi sebuah pasukan yang lebih hebat musim hadapan dan memberi bayangan akan menggunakan jendela perpindahan musim panas nanti untuk memperkuatkan pasukannya.

“Mungkin ada beberapa pemain yang akan dibawa masuk untuk membantu corak permainan kami. Kami tidak boleh melupakan hakikat yang kami memenangi Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan hanya 1 mata ke atas Liverpool.”

“Saya pernah beritahu kelmarin yang Liverpool telah menunjukkan tanda aras yang perlu kami hadapi. “

BACA:  The Guardian Dedah Man Utd Hubungi Everton Untuk Onana