Guna Gambar Mawas – Kempen Anti Perkauman Serie A Dikecam Teruk

Seperti yang kita ketahui, masalah perkauman di Serie A cukup meruncing di mana ramai pemain berkulit hitam telah dicaci dan diejek. Antaranya ialah Mario Balotelli, Romelu Lukau, Moise Kean dan ramai lagi.

Jadi, dengan tujuan untuk meningkatkan semangat kebersamaan dan menghapuskan perkauman, Serie A telah menganjurkan satu kempen baru melalui pameran lukisan daripada pelukis terkenal, Simone Fugazzotto.

Walaubagaimanapun, niat murni Serie A itu dikecam ramai dek penggunaan mawas sebagai ikon dalam lukisan.

serie a anti racism
Pamern gambar di pejabat Serie A. Gambar : GMS
serie A anti racism
Muka mawas diconteng melambangkan kebersamaan. Gambar : GMS

Selepas didesak The Sukan, Fugazotto cuba menerangkan maksud di sebalik lukisannya.

“Bagi seorang orang seni, tiada yang lebih penting daripada cuba menukar persepsi orang lain melalui hasil seni mereka.

“Dengan lukisan tiga mawas ni, aku cnak bagitahu yang kita semua meupakan makhluk yang kompleks dan menawan, boleh berasa sedih dan gembira, Katholik, Muslim atau Buddha, tapi akhirnya apa yang membezakan kita bukanlah warna kulit,” katanya panjang lebar tanpa noktah.

Pengurus Besar Serie E, Luigi De Siervo, juga turut membuka mulut mengenai pemilihan lukisan Fugazotto.

“Lukisan daripada Simone melambangkan nilai fair play dan tolak ansur, jadi ia akan kekal di pejabat kami,” ujarnya.

Jadi apa pendapat pembaca kesayangan semua? Rasa kempen ni akan berjaya tak? Ke tak ambil port pasal Serie A?

Sumber : GMS

Baca Juga

Baca Juga