Gundogan Kongsi Rahsia Falsafah Pep Guardiola di Manchester City

Ilkay Gundogan merupakan pemain pertama yang dibeli oleh Pep Guardiola sebaik Pep menjejakkan kaki ke Manchester City pada musim panas tahun lalu, tapi sayang, Gundogan terpaksa menamatkan musim lalu lebih awal setelah lututnya mengalami kecederaan kronik pada bulan Disember.

Sebagai sebahagian daripada proses pemulihannya, Gundogan telah menjalani rawatan di Amerika Syarikat bersama rakan sepasukannya, Gabriel Jesus yang telah pulih dan cedera serta pulih kembali.

Ketika di Amerika Syarikat, Gundogan sempat buat duit dengan tampil di rancangan NBC Sports bersama Robbie Earle, dan bercerita tentang rahsia taktik Pep Guardiola di Manchester City musim ini.

Mungkin Arsene Wenger sempat menonton rancangan ini, maka dapatlah Arsenal mengekang City daripada mendapat tiga mata semalam. Rasanya lah.

Memandangkan penerangan ini dibuat dalam rancangan televisyen, maka kami simpulkan melalui dialog di bawah.

Robbie Earle : Kita selalu tengok Fernandinho dan Gael Clichy datang dari full back untuk mengambil tempat kosong di tengah, dan tinggalkan tiga pemain pertahanan di belakang. Soalannya, adakah satu kewajipan bagi Guardiola untuk mengarahkan pemain full back untuk datang ke kawasan tengah ini?

Dua holding midfieder sentiasa berada di hadapan tiga pertahanan.

Ilkay Gundogan : Terima kasih kepada yang bertanya. Yang Berusaha tuan pengerusi majlis, Yang dihormati Datuk….

Robbie Earle : Gundong, kau tak payah nak formal kepala bana macam tu. Teruskan je..

Ilkay Gundogan : Ok ok. Macam ni memang Pep sangat pentingkan ada orang masuk ke tengah, tapi tak semestinya full back. Kami sentiasa nak berada dalam posisi dengan tiga pertahanan, dan dua pemain di tengah, kemudian dua pemain attacking midfielder sebab dengan cara ini senang sikit kami nak main.

Lagipun, kami banyak hantaran pendek di kalangan semua pemain ini, dan yang paling penting ialah membuka ruang untuk dua attacking midfielder ini – Kevin De Bruyne dan David Silva, supaya diorang boleh pusing dan hantar bola kepada pemain di sayap – Leroy Sane dan Raheem Sterling.

Sane dan Sterling pula, kalau dalam situasi ideal, mereka hantar bola kepada Aguero untuk jaringkan gol.

Senang kan?

Robbie Earle : Senang sangat. Nampaknya Pep memang suka bermain hantaran pendek dari bawah. Tapi kadang-kadang kau orang kena main gelembung buaya kan kalau pasukan lawan press bola tinggi di depan?

Ilkay Gundogan : Memang pun, aku ingat lagi sebelum lawan Monchengladbach, kami tahu diorang akan press tinggi-tinggi.

Pep cakap kat penjaga gol, “kalau kita tiada peluang nak bagi bola kepada centre back atau full back, kita guna penyerang terus” dan dalam perlawanan tu penyerangnya Sergio Aguero.

Dia pesan kepada Aguero supaya tunggu di atas, kemudian kepada Bravo supaya hantar bola kepada Aguero tepat-tepat di dadanya, dan jangan terlalu tinggi supaya dia boleh kawal bola tu.

Lagi satu pilihan ialah Bravo boleh hantar bola kepada holding midfielder dan holding midfielder ini akan hantar bola kepada penyerang.

Yang penting, jangan hilang bola dalam kawasan sendiri. Kalau boleh memang kita nak dapatkan bola bermula dari kawasan lawan, tapi apa yang lebih penting ialah jangan hilang bola dalam kawasan sendiri.

Sebab tu kalau lawan pasukan yang membuat pressing tinggi ni kami kena main bola lambung.

Long ball tak bodoh

Robbie Earle : Engkau adalah pemain pertama yang dibeli Pep, jadi, mesti kau penting kan?

Ilkay Gundogan : Eh, biasa-biasa je. Orang Kelantan cakap ‘standard ramai-ramai’.

Robbie Earle : Ok. Aku nak tanya. Kau rasa kau lebih sesuai main di posisi holding midfielder atau pemain tengah yang menyerang?

Ilkay Gundogan : Aku suka dua-dua posisi tu…

Pergerakan bola

Robbie Earle :  Pilih satu je!

Ilkay Gundogan : Sabar lah aku nak cerita ni. Kalau kami bermain dengan dua holding midfielder maka aku adalah salah seorang daripadanya.

Tapi selalunya kami main dengan seorang sahaja holding midfielder dan dua pemain tengah yang membuat serangan. Sewaktu aku fit, aku main di posisi menyerang sebanyak 90% dan aku suka buka peluang dan jaringkan gol.

Dengan kata lain, aku suka dua-dua posisi ni, sebab ia selalunya bergantung kepada bagaimana kami nak main, dan macam mana gaya permainan pihak lawan. Tapi mana-mana pun aku ok je.

Robbie Earle :  Oooo. Ok ok. Jadi, itu sahaja lah sesi kita hari ini.

Ilkay Gundogan : Eh, kejapnya. Baru tiga soalan.

Robbie Earle :  Bajet takde la bro. Kau la letak harga mahal sangat.

Ilkay Gundogan : K. Hambar.

Perbualan ini diambil dan diolah dari Daily Mail

Baca Juga

Baca Juga