Gurauan Biawak Messi Yang Berpura-Pura Cedera Luruhkan Jantung Peminat

Guarauan biawak dari Lionel Messi yang berpura-pura ketika sesi latihan hampir meluruhkan jantung peminat dan dunia bola sepak ketika Piala Dunia 2022 bakal tiba.

Dalam perlawanan terakhir bersama Paris Saint Germain sebelum Piala Dunia, terdapat kebimbangan mengenai kecergasan Lionel Messi kerana ramai peminat bimbang legenda Argentina itu boleh mengalami kecederaan yang tidak dijangka seminggu sebelum kejohanan di Qatar.

Bagaimanapun, situasi yang melegakan peminat di seluruh dunia, pemain seperti Messi, bersama bintang Brazil, Neymar telah dikeluarkan oleh pengurus PSG Christophe Galtier selepas 75 minit.

Pada petang Isnin, Messi adalah sebahagian daripada pemain skuad Argentina ke Piala Dunia menjalani sesi latihan bebas selepas dia menyertai rakan sepasukan antarabangsanya.

Latihan itu dirakam dan Messi dirakam telah mencengkam bahagian belakang pehanya, bagaimanapun, ia hanya gurauan kerana dia hanya berpura-pura cedera untuk bergurau biawak dan bergelak ketawa bersama rakan sepasukan, Rodrigo De Paul.

Peminat memberi reaksi terkejut dengan gurauan daripada Messi itu kerana ada antara mereka yang hampir mengalami serangan jantung dan membuatkan jantung mereka tersentak.

Messi dan pasukan Argentina kini berada di Abu Dhabi ketika mereka bersiap sedia untuk perlawanan persahabatan pra-kejohanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada hari Rabu di Stadium Mohammed Bin Zayed.

Selepas itu, mereka akan memberi tumpuan kepada perlawanan pembukaan Piala Dunia mereka di Qatar yang akan berlangsung pada 22 November apabila turun menentang Arab Saudi.

Argentina kemudiannya akan menentang Mexico dan Poland ketika mereka berusaha untuk layak ke pusingan 16.

Ramai peminat telah memilih Argentina sebagai pasukan pilihan untuk memenangi Piala Dunia, sebahagiannya disebabkan oleh fakta bahawa Messi berada dalam prestasi yang baik untuk PSG musim ini.

Argentina juga telah mengecap kejayaan baru-baru ini di pentas antarabangsa, selepas memenangi edisi terakhir Copa America.

Selain itu dunia juga mahu melihat pemain sehebat Messi merangkul Piala Dunia selepas cemerlang bersama kelab dan ketika Messi menjulang trofi Copa America, dunia turut sama berkongsi kegembiraan bersama Messi.

Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni telah senarai pemilihan 26 pemainnya yang akan mewakili Albiceleste di Piala Dunia Qatar 2022 dan berangkat lebih awal untuk mengadakan perlawanan persahabatan pra-kejohanan.

“Impian sudah pun bermula. Ini senarai pemain yang akan mempertahankan jersi Pasukan Kebangsaan Argentina,”

“Mereka berbangga dipanggil dan memakai baju ini. Harap-harap anda sebagai peminat juga begitu. Bersama-sama.”

Scaloni terpaksa menebus ketiadaan Giovani Lo Celso dalam beberapa hari kebelakangan ini selepas pemain tengah Villarreal itu menjalani pembedahan kerana kecederaan otot dan tempatnya digantikan oleh Exequiel Palacio

Pertahanan Villarreal, Juan Foyth merupakan satu lagi kejutan dalam skuad, bersama Paulo Dybala, yang mengalami kecederaan pada awal Oktober dan terlepas beberapa perlawanan untuk Roma namun tetap dibawa.

Dan inilah skuad Argentina yang menjadi pilihan ramai untuk bergelar juara:

Penjaga Gol:

Emiliano Martínez (Aston Villa)
Franco Armani (River Plate)
Geronimo Rulli (Villarreal).

Pertahanan:

Nahuel Molina (Atletico Madrid)
Gonzalo Montiel (Sevilla)
Cristian Romero (Tottenham)
German Pezzella (Real Betis)
Nicolas Otamendi (Benfica)
Lisandro Martinez (Manchester United)
Marcos Acuna (Sevilla)
Nicolas Tagliafico (Olympique Lyon)
Juan Foyth (Villarreal).

Tengah:

Rodrigo De Paul (Atletico Madrid)
Leandro Paredes (Juventus)
Alexis Mac Allister (Brighton)
Guido Rodriguez (Real Betis)
Alejandro Papu Gomez (Sevilla)
Enzo Fernandez (Benfica)
Exequiel Palacios (Bayer Leverkusen)

Penyerang:

Angel Di María (Juventus)
Lautaro Martinez (Internazionale)
Julian Alvarez (Manchester City)
Nicolas Gonzalez (Fiorentina)
Joaquin Correa (Internazionale)
Paulo Dybala (Roma)
Lionel Messi (Paris Saint-Germain).

BACA:  Lionel Messi Anggap Emi Martinez Penjaga Gol Terhebat Dalam Dunia Bola Sepak