Haaland Cetak Hatrik Dalam Debut Bantu Dortmund Cipta Kebangkitan

Pemain muda sebutan ramai, Erling Haaland telah menjaringkan tiga gol atau hatrik ketika membantu Borussia Dortmund bangkit menewaskan Augsburg selepas ketinggalan 3-1 dan menang 5-3.

Rasanya inilah perlawanan paling sensasi minggu ini dan akan menjadi bualan semua peminat bola sepak dunia kecuali kau peminat Manchester United.

Dortmund ketinggalan 3-1 ketika Haaland dimasukkan pada minit ke-56 menggantikan Lukasz Piszczek bagi menguatkan jentera seranagan.

Ternyata percaturan Lucien Favre tidak silap apabila tiga minit di padang, pada minit ke-59 Haaland merapatkan kedudukan sebelum Jadon Sancho menyamakan kedudukan dua minit kemudian.

Haaland kemudian menambah lagi dua gol untuk memberi kemenangan 5-3 kepada Dortmund. Hatrik tercetak dalam tempoh 20 minit sahaja dan memberi tiga mata berharga buat Dortmund.

Haaland menyertai Dortmund pada Januari selepas mempamerkan aksi yang menakjubkan bersama Red Bull Salzburg untuk tempoh separuh musim.

Perlawanan menentang Augsburg merupakan perlawanan pertama atau debut Haaland untuk Dortmund sejak mula menyertai pasukan Jerman itu.

Pasukan bimbingan Martin Schmidt mendahului 2-0 pada separuh masa pertama, Dortmund merapatkan kedudukan pada awal babak kedua namun Florian Niederlechner kembali menjarakkan kedudukan.

Pemain berusia 19 tahun itu masuk dan menjaringkan gol pada minit ke-59, 70 dan 79 dan Jadon Sancho turut mencetak nama selaku penjaring.

https://twitter.com/Ulroud/status/1218590215138435072

Semenjak dua menjak ini, nama pemain muda Norway, Erling Braut Haaland, menjadi sebutan para peminat bola sepak di seluruh dunia selepas dia memperagakan aksi yang menakjubkan buat RB Salzburg dalam kempen Liga Juara-Juara(UCL) musim ini.

Anak kepada legenda Nottingham Forest, Alf Inge Halaand, ini telah menjaringkan lapan gol dalam lima perlawanan UCL – jumlah yang tinggi bagi seorang anak muda yang kalau remaja seusianya di Malaysia sedang melanjutkan pelajaran di kolej matrikulasi.

Berikutan peningkatan mencanaknya, maka banyak kelab terkemuka dunia ingin mendapatkan khidmatnya, antaranya ialah Real Madrid, Borussia Dortmund, Juventus, Kelantan, Atletico Madrid dan juga Bayern Munich.

Akan tetapi, di antara kesemua kelab tersebut, Haaland dikatakan lebih berminat untuk menyertai kelab yang biasa-biasa kehebatannya, Manchester United.

Ini kerana Haaland mempunyai sejarah bersama pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, di mana mereka pernah bekerjasama di kelab Molde.

Lagi pula, Haaland berminat dengan United yang dilihat memfokuskan pemain muda sepanjang kempen musim ini dan melihat peluang untuknya berkembang maju akan lebih terjamin di Old Trafford.

Seperti mana Ole mempunyai sejarah dengan Haaland, begitulah kisahnya apabila Haaland ke Dortmund untuk mendapat jaminan tempat dan minit permainan.

Baca Juga

Baca Juga