Haaland Mengamuk Selepas Menyaksikan Gol Ajaib Salah Jadi Viral

Erling Braut Haaland menjadi viral dan sebutan di media sosial terutama di kalangan peminat Liverpool kerana kenyataanya sebelum perlawanan yang mengguris perasaan.

Wartawan : Apa ramalan kau untuk perlawanan esok?

Haaland : 3-1 kepada Salzburg.

Wartawan : Dan kau jaring kesemua gol?

Haaland : benar.

Kata-kata Haaland ini seakan memakan diri kerana mengguris jiwa penyokong Liverpool. Takkan la Haaland nak cakap, esok Liverpoo menang sebab mereka power.

Naby Keita membuka tirai jaringan dalam perlawanan ini pada minit ke-57, melalui satu sundulan bebas dan selesa.

Seminit kemudian atau lebih tepat 100 saat, Mohamed Salah pula menjaringkan gol kedua yang menjadi gol paling padu dalam perlawanan itu.

Beberapa kesilapan daripada penjaga gol RB Salzburg, Cican Stankovic menyaksikan pasukan daripada Austria itu telah ketinggalan 2-0.

Erling Haaland nyata sangat marah dan geram selepas gol kedua Mohamed Salah, Haaland telah meminta botol minuman dari bangku simpanan, dahaga teruk mungkin.

Namun Haaland telah membaling botol minuman itu ke tanah dengan penuh kegeraman, melepaskan kemarahan yang membuak-buak.

Inseiden itu terus menjadi tular dan bualan.

Haaland berpeluang menjadi pemain pertama dalam sejarah Champions League menjaringkan gol dalam 6 perlawanan pertama Champions League tetapi itu tidak terjadi.

Musim ini merupakan debut Erling Braut Haaland di Champions League dan jaringan yang dicatatkan beliau sangat menakjubkan dengan 8 gol dalam 6 perlawanan. Padu.

RB Salzburg pula berada satu kumpulan bersama pasukan regular dikejohanan Eropah iaitu Liverpool dan Napoli yang terpaksa menunggu hingga perlawanan terakhir untuk layak.

Haaland dan RB Salzburg akan meneruskan saingan di Europa League, Manchester United bakal menjadi mangsa Haaland seterusnya atau Haaland akan dirembat Setan Merah januari ini?

Baca Juga

Baca Juga