Haaland Meraikan Jaringan Kesepuluh Dari Sembilan Perlawanannya Di Bundesliga

Erling Haaland memulakan kembali saingan Bundesliga dengan menjaringkan gol untuk pasukannya, Borussia Dortmund ketika menentang Schalke malam semalam.

Erling Haaland sedang melalui musim yang cemerlang dalam kariernya ketika ini dengan rekod jaringan yang luar biasa sejak menyertai Dortmund dari Red Bull Salzburg pada Januari lalu.

Kesemua saingan bola sepak telah digantung sejak Mac lalu dan ternyata rehat yang panjang tidak sedikit pon merencatkan aksi dari penyerang muda Norway itu.

Tidak sampai 30 minit sepak mula saingan Bundesliga kembali bersambung, Haaland sudah mencatatkan namanya sebagai penjaring gol untuk pasukannya.

Jaringan pada minit ke-29 perlawanan itu merupakan gol kesepuluh dari sembilan perlawanan Erling Haaland dalam saingan Bundesliga musim ini.

Haaland meraikan jaringan pembukaan itu dengan menunjuk ke arah tempat duduk penonton yang kosong kemudian menari-nari di penjuru padang sambil menjaga penjarakan sosial bersama rakan sepasukannya yang lain.

Haaland menerima bola hasil hantaran dari Thorgan Hazard yang tepat menemuinya lalu ditolak cantik masuk ke gawang lawan untuk jaringan pertama Borussia Dortmund.

Dortmund memulakan perlawanan dengan meletakkan bintang utama mereka Mario Gotze dan Jadon Sancho di bangku simpanan.

Sebelum tamat separuh masa pertama perlawanan, Dortmund berjaya menjaringkan gol kedua mereka menerusi Raphael Guerreiro pada minit ke 45.

Masuk saja babak kedua perlawanan, Dortmund menggandakan asakan ke kubu Shalke dan hasilnya mereka berjaya memperoleh gol ketiga perlawanan pada minit ke-48 menerusi Thorgan Hazard hasil umpanan dari Julian Brandt.

Masuk minit ke-63 perlawanan, Raphael Guerreiro berjaya menjaringkan gol kedua peribadinya dan gol keempat untuk pasukan selepas menerima umpanan cantik dari Erling Haaland.

Erling Haaland membuktikan ketajaman dan kehandalan beliau dengan mencatatkan assist untuk jaringan keempat pasukan Borussia Dortmund.

Sebelum ini juga ada seorang rakan sepasukannya yang meminta Haaland untuk mencatatkan assist selain dari menjaringkan gol yang banyak untuk membuktikan kehandalan beliau.

Pemain muda yang pernah menjaringkan sembilan gol dalam satu perlawanan untuk pasukan kebangsaan Norway itu membuktikannya dalam perlawanan ini apabila beliau berjaya menjaringkan gol dan juga mencatatkan assist.

Seperti biasa, Dortmund terus mengejar pasukan Bayern yang kini sedang mendahului saingan Bundesliga dan bakal memenanginya untuk kali kelapan berturut-turut.

Sebelum tamat perlawanan, Dortmund hanya dipisahkan empat mata sahaja dibelakang Bayern Munich dalam kedudukan saingan Bundesliga.

Bayern Munich akan turun menyambung semula baki perlawanan Liga musim ini pada petang ahad dengan berkunjung ke Berlin untuk menentang pasukan Union Berlin.

BACA:  Florentino Perez Anggap Haaland Hanya Setaraf Pemain Simpanan Real Madrid Sahaja