Haaland Pamer Kebijaksanaan Yang Sungguh Menakjubkan Ketika Beraksi Bertemu Netherlands

Erling Haaland telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika membantu Norway mengikat Netherlands 1-1 awal pagi semalam.

Mesin pencetak gol Borussia Dortmund itu membuka tirai jaringan pada minit ke-20 permainan ketika aksi kelayakan Piala Dunia bertemu Netherlands.

Erling Haaland telah mempamerkan aksi yang sungguh menakjubkan dan turut menunjukkan kebijaksanaan beliau ketika berdepan dengan pertahanan kental seperti Virgil Van Dijk sepanjang 90 minit permainan.

Pemain berusia 21 tahun itu mempunyai kemampuan dan kemahiran yang sempurna untuk menjadikan beliau sebagai salah seorang penyerang paling berbisa dalam dunia bola sepak hari ini.

Di usia yang begitu muda, beliau telah berjaya untuk berada di tahap yang sungguh luar biasa menakjubkan dan tidak keterlaluan untuk menganggap Haaland kini antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak.

Fizikal yang sempurna digabungkan dengan kelajuan dan kekuatan menjadikan beliau sungguh menggerunkan pemain pertahanan lawan.

Beliau jelas menjadi ancaman paling berbisa dan digeruni di atas padang setiap kali diturunkan untuk beraksi dan tidak hairanlah mengapa semua mata sentiasa tertumpu padanya.

Walau bagaimanapun, satu hal yang mungkin ramai terlepas pandang, Haaland juga sebenarnya memiliki kebijaksanaan yang sungguh luar biasa mengagumkan.

Salah seorang pengguna twitter yang bernama @RostadiusV telah merangkumkan aksi Haaland ketika bertemu Netherlands semalam, dengan beliau menujukan tentang betapa bijaknya bintang Norway itu melakukan gerakan.

Norway bermain serangan pantas bermula dari barisan pertahanan terus mencari pemain penyerang dengan Haaland bermain lebih ke dalam untuk menerima bola dan membuka permainan.

Terdapat satu insiden yang mana Martin Odegaard mendapat bola, dan mahu melakukan serangan pantas ke kubu Netherlands.

Haaland ketika itu menggunakan kebijaksanaan beliau untuk mengumpan Van Dijk dan berjaya melepaskan dirinya dari pemain pertahanan terhebat dunia itu.

Beliau ketika itu membuat larian ke arah kotak penalti Belanda dan mengubah arah lariannya untuk mengelirukan pemain pertahanan.

Sebaik berjaya melepaskan diri, ketika beliau mendapat bola, Haaland tidak menunggu lama untuk melakukan percubaan dengan beliau segera melepaskan rembatan walau tidak mempunyai ruang yang luas.

Bekas pemain Red Bull Salzburg itu telah melakukan teknik yang sangat betul dan sempurna, namun sayangnya percubaan beliau sekadar terkena palang.

Beliau beberapa kali berkesempatan untuk menggandakan gol jaringannya namun berakhir dengan kegagalan.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan yang Haaland bermain dengan sangat bagus dalam perlawanan ini dan berjaya untuk memporak perandakan barisan pertahanan Belanda.

Beliau berjaya membuka ruang yang cukup luas untuk membuat larian pantas dan menewaskan Van Dijk dan Haaland juga benar-benar memberi masalah pada pemain pertahanan Liverpool itu.

Virgil Van Dijk turut dilaporkan mengalami kecederaan jari dalam perlawanan ini selepas beliau terlibat dengan insiden ketika bertembung dengan Haaland.

Penjaga gol Belanda, turut melakukan banyak aksi penyelamatan yang sungguh menakjubkan dalam perlawanan ini, seterusnya membantu skuadnya untuk mengelak kekalahan.

Haaland yang telah berjaya menjaringkan 63 gol dari 64 perlawanan untuk Borussia Dortmund bolehlah dianggap sebagai pakar ‘double run’ dalam dunia bola sepak hari ini.

Ketika skuadnya menerima bola di final third, Haaland kebiasaannya akan membuat larian yang mengelirukan dan bakal memberi masalah pada pemain pertahanan lawan.

Selepas melakukan larian, pergerakan keduanya memberi beliau ruang yang luas untuk menyerang dan sebelum pemain pertahanan sempat bertindak balas, Haaland sudah berjaya melepaskan rembatan atau setidak-tidaknya melakukan percubaan.

Ciri-ciri dan gaya permainan beliau menjadikan Haaland sebagai antara penyerang terhebat dalam dunia bola sepak hari ini, walau usianya masih muda.

Jendela perpindahan musim panas akan datang para peminat bakal melihat bagaimana banyaknya kelab-kelab gergasi dalam dunia bola sepak akan memulakan langkah untuk mendapatkan Erling Haaland.

Beliau tentunya bakal menjadi rebutan, dan walau kebanyakan kelab sedang berdepan dengan masalah kewangan, namun tiada masalah untuk mereka mengeluarkan dana besar untuk Haaland.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Messi Akui Haaland Selayaknya Menangi Ballon d'Or Selepas Raih Treble