Haaland Terus Menggila Dengan Gol Ke-20 Di Premier League Selepas 14 Penampilan

Erling Braut Haaland terus menggila dalam perlawanan pertama Premier League Manchester City selepas liga kembali bersambung apabila menjaringkan gol ke-20 di Premier League.

Dan 20 gol ini terhasil dengan dua gol ketika menentang Leeds United selepas hanya 14 penampilan sahaja dilakukan Haaland untuk skuad bimbingan Pep Guardiola itu.

Ini menjadikan Haaland pemain terpantas menjaringkan 20 gol pertama dalam sejarah Premier League:

14 – Erling Haaland
21 – Kevin Phillips
23 – Andrew Cole
26 – Ruud van Nistelrooy
26 – Diego Costa
26 – Tony Yeboah

Pemain handalan dan mesin gol di EPL jauh ditinggalkan Haaland:

Erling Haaland: 14 perlawanan
Fernando Torres: 27 perlawanan
Alan Shearer: 29 perlawanan
Sergio Aguero: 30 perlawanan
Thierry Henry: 34 perlawanan
Mohamed Salah: 35 perlawanan
Harry Kane: 40 perlawanan
Luis Suarez: 50 perlawanan

Lebih padu, Haaland juga telah memecahkan rekod jaringan bapanya Alfie Haaland yang hanya menjaringkan 19 gol dalam 181 penampilan, rekod yang pasti membuatkan bapanya bangga.

Alan Shearer yang merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Premier League memerlukan 29 perlawanan untuk menjaringkan 20 gol. Dan jika Haaland konsisten rekod ini mungkin akan berjaya dipecahkan.

Selain itu juga, Erling Haaland telah menjaringkan 25 gol dalam 20 penampilan di bawah bimbingan Pep Guardiola, ini adalah rekod terpantas mana-mana pemain telah mencapai 25 gol di bawah Guardiola dengan kelab-kelab liga teratas:

20 – Erling Haaland
28 – Lionel Messi
30 – Samuel Eto’o
35 – Sergio Agüero
41 – Thierry Henry

Rentak jaringan gol Haaland ini terus konsistensi selepas menyertai Manchester City dari Borussia Dortmund di mana Haaland telah terlibat dalam 100 gol dalam 81 penampilan merentasi Premier League dan Bundesliga denga 82 gol dan 18 assist.

Jaringan Haaland setakat musim ini juga lebih banyak dari keseluruhan pasukan Chelsea yang hanya menjaringkan 19 gol.

Haaland selepas perlawanan mengakui bahawa melihat aksi Piala Dunia 2022 dari rumah telah menjadi pembakar semangat baginya selepas Norway terus gagal untuk layak.

“Saya mengecas semula bateri selepas melihat pemain lain menjaringkan gol di Piala Dunia buat saya trigger, satu motivasi yang baik dan agak menjengkelkan saya.”

“Berada di rumah, agak marah kerana saya tidak bermain Piala Dunia dan berada di sofa saya.”

“Saya adalah seorang pengulas untuk Piala Dunia di rumah saya sendiri, di mana tiada siapa yang mendengar saya!”

Hanya telah menampilkan mentaliti elit dan seorang juara apabila hanya menjaringkan dua gol ketika menentang Leeds United dan lega dapat mengutip 3 mata untuk terus mengejar Arsenal.

“Saya hanya berkata di dalam, saya boleh menjaringkan lima gol, itu kebenaran. Tetapi kami menang, itu perkara paling penting,” kata Haaland.

“Kami melihat Arsenal di puncak sekarang dan kami perlu memburu mereka, jadi untuk kemenangan, kami sangat gembira.”

“Bagi saya sebagai penyerang, saya boleh menjaringkan beberapa lagi gol tetapi itulah kehidupan. Apa yang boleh saya lakukan? Saya perlu berlatih lebih banyak.”

Ditanya sama ada dia telah meletakkan sasaran untuk menjaringkan lebih 40 gol liga musim ini, Haaland menambah:

“Saya ada satu, tetapi saya tidak boleh memberitahu anda, anda tahu ini! Tiada komen.”

Manchester City kembali memotong Newcastle United dan lima mata dibelakang Arsenal selepas menewaskan Leed united 3-1 di Ellen Roads.

Kemenangan ini telah membolehkan Ederson meraih kemenangan ke-150 dalam 197 perlawanan di Premier League dan menjadi pemain terpantas mencapai 150 kemenangan.

197 – Ederson
213 – Patrice Evra
215 – Kevin De Bruyne
216 – Fernandinho
217 – Petr Cech

Rodri membuka tirai jaringan di penghujung separuh masa pertama sebelum Erling Haaland menambah lagi dua jaringan pada minit ke-51 dan ke-64 hasil dua bantuan gol dari Jack Grealish.

Gol saguhati Leeds United hadir melalui Pascal Struijk yang tidak mampu untuk mengubah keputusan perlawanan.

BACA:  Peminat Berdebat Berkait Video Haaland, Asli Atau Sunting?