Hafizh Kembali Mengutip Mata, Marquez Juara, Impian Zarco Berkecai

Marq Marquez muncul juara perlumbaan MotoGP di HJC Helmets Grand Prix de France selepas bermula dari petak kedua.

Valentino Rossi dan Danillo Petrucci yang meraih tempat kedua dan ketiga akan bersama dan menemani Marquez di podium.

Impian pelumba tuan rumah dan juga rakan sepasukan Hafizh Syahrin di Monster Yamaha Tech 3, Johann Zarco untuk muncul juara dihadapan penyokong sendiri berkecai apabila terjatuh pada pusingan kelapan.

Zarco semalam mencipta kegilaan dikalangan penonton Perancis apabila meraih petak pertama, namun segalanya tidak menjadi kenyataan.

Pelumba kebanggan Malaysia, Hafizh Syahrin kembali memungut mata apabila menamatkan perlumbaan di tangga ke-12 selepas bermula dari petak ke-14 serta mengutip 4 mata.

Hafizh mengekalkan pemanduan yang konsisten serta beristiqomah bagi terus mengutip mata dalam setiap perlumbaan.

Luka dipunggung Hafizh sudah sembuh dan tidak lagi mengganggu pemanduan dan fokus Pescao ketika perlumbaan.

Hafizh muncul best rookie dalam GP French ini dan kini berada ditangga ke-17 kedudukan keseluruhan dengan 13 mata.

Hafizh Syahrin Bermula dari Petak 14

Pelumba MotoGP Negara yang beraksi bersama Monster Yamaha Tech 3, Hafizh Syahrin bakal memulakan perlumbaan di HJC Helmets Grand Prix de France dari petak ke-14.

Hafizh dilihat sudah kembali sembuh dari kecederaan luka dibahagian pinggulnya selepas terlibat dalam kemalangan ketika berbasikal.

1.Zarco 2. Marquez 3. Petrucci

Rakan sepasukan Hafizh Syahrin, Johann Zarco bakal memulakan perlumbaan dari petak pertama. Marq Marquez bermula dipetak kedua dan Danillo Petrucci di petak ketiga.

Pescao petak 14

Johann Zarco yang berlumba di tanah airnya dan di depan penyokong sendiri telah mencipta kegilaan dikalangan penonton yang nyata berbangga dengan kehebatan Zarco.

Semoga Zarco beroleh kemenangan di bumi kelahiran dan Hafizh kembali konsisten serta istiqomah bagi kembali mengutip mata.

Baca Juga

Baca Juga