Hafizh Syahrin Bakal Bermula Dari Petak Ke-10 Di Philip Island

Hafizh Syahrin mencipta kebangkitan dengan semangat yang luar biasa dipamerkan apabila berjaya meraih petak ke-10(P10) untuk perlumbaan MotoGP di litar Philip Island, Australia yang akan berlangsung esok.

Pada sesi latihan Hafizh Syahrin telah terjatuh dalam satu kemalangan yang agak mengerikan dan selepas pemeriksaan kesihatan dilakukan, Hafizh cergas untuk beraksi di pusingan kelayakan walaupun menanggung kesakitan.

Akhirnya Hafizh berjaya mencatatkan masa ke-10 terpantas di sesi kelayakan di Philip Island yang merupakan keputusan sesi kelayakan terbaik buat El Pescao dalam musim sulungnya di MotoGP.

Johann Zarco yang merupakan rakan sepasukan El Pescao di Monster Yamaha Tech3 cemerlang apabila bakal bermula di kedudukan ke-3 pada perlumbaan esok di belakang Marq Marquez dan Maverick Vinales.

Nasib yang sama menimpa Marq Marquez yang sah bergelar juara dunia musim 2018 ketika sesi latihan apabila terjatuh ketika mengambil selekoh.

Namun dengan aura sang juara Marq Marquez bangkit pada sesi kelayakan untuk meraih petak pertam(Pole Position) pada perlumbaan esok.

Ini merupakan petak pertama ke-6 musim ini, yang ke-51 dalam MotoGP dan yang ke-79 secara keseluruhan dalam kariernya.

Keputusan penuh sesi kelayakan MotoGP di Philip Island.

Marquez unggul
El Pescao catat prestasi terbaik
Pelengkap perlumbaan

Baca Juga

Baca Juga