Hafizh Syahrin Berjaya Menamatkan Perlumbaan Dengan Luka Dipunggung, Marquez Muncul Juara

Marq Marquez muncul juara perlumbaa MotoGP Circuito de Jerez Sepanyol dengan penuh bergaya dan selesa meninggalkan Zarco di tangga kedua dengan masa 5.241 saat.

Kemenangan mudah Maqrquez bermula apabila Pedrosa, Dovizioso dan Lorenzo terlibat dalam kemalangan yang melambung-lambung.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin yang mengalami kemalangan sewaktu berbasikal minggu lalu tidak mengecewakan dan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-16 selepas bermula di petak ke-22.

Dengan luka dipunggung Hafizh masih mampu menamatkan perlumbaan dan hampir meraih mata. Tahniah Hafizh.

Dalam kategori Moto 2, pelumba negara Khairul Idham Pawi di tangga ke-18 dan Zulfahmi Khairuddin gagal menamatkan perlumbaan.

Dalam saingan Moto 3, Adam Norrodin berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ke-16.

Baca Juga

Baca Juga