Hafizh Syahrin Raih Mata Lagi Selepas Bermula Dari Petak Ke-20

Pelumba MotoGP yang berasal dari Malaysia, Hafizh Syahrin menunjukkan peningkatan apabila meraih mata dalam dua perlumbaan berturut=turut selepas bergelut untuk menyesuaikan diri dengan jentera sejak awal musim.

Hafizh Syahrin yang mendapat jolokan Pescao bermula dari petak ke-20 di perlumbaan MotoGP San Marino berjaya menamatkan perlumbaan ditangga ke-15 sekaligus meraih 1 mata berharga.

Dalam perlumbaan sebelum ini, Hafizh Syahrin telah meraih 3 mata apabila menamatkan perlumbaan ditangga ke-13 yang merupakan pencapaian terbaik Pescao di tahun 2019.

Selepas 13 perlumbaan Hafizh telah mengumpul 7 mata dan perlumbaan musim ini hanya berbaki 6 pusingan lagi. Secara keseluruhan Hafizh berada di tangga ke-24 daripada 26 pelumba.

Selepas perlumbaan Hafizh telah memberi kenyataan dilaman buku beliau mengenai perlumbaan ini dan meminta maaf kepada pasukan dan semua.

“Aku tak tahu kenapa, tetapi aku mempunyai perasaan yang aneh ketika menunggang dalam semua perlumbaan dan aku meminta maaf kepada seluruh pasukan dan semua orang kerana tidak mampu berlumba dengan baik.”

“Aku jauh ketinggalan dan berasa perlahan ketika menunggang kerana aku tidak mendapat pemanduan yang baik selepas keluar selekoh dan terdapat banyak gangguan dan pergerakan.”

“Apapun aku harus pandang ke depan dan meneruskan usaha dengan lebih kuat. Kami sangat bermotivasi untuk melakukan yang terbaik minggu depan.”

Marc Marquez muncul dalam di litar San Marino diikuti Fabio Quartararo yang berada di tempat kedua yang hanya ketinggalan kurang satu saat.

Baca Juga

Baca Juga