Hafizh Syahrin Raih Tempat Ke-10 Selepas Bermula Dari P21

Perlumbaan penuh drama dan mendebarkan disulami dengan aksi kemalangan yang agak mengerikan kerana litar basah ekoran hujan lebat membasahi litar di Valencia.

Aleix Esparago menjadi mangsa pertama litar basah diikuti oleh Jack Miller kemudian Thomas Lüthi dan Danny Petrucci.

Berbaki 20 pusingan Hafizh Syahrin berjaya menduduki tempat ke-15 selepas berjaya memotong pelumba lain dan ramai yang jatuh.

Marq Marquez juga menjadi mangsa litar basah apabila terjatuh dan kecederaan bahu yang dialami ketika sesi kelayakan kembali namun tiada kecederaan serius dialami.

Dua pusingan kemudian El Pescao meneruskan tunggangan yang konsisten dan berada di kedudukan ke-12.

Pesaing Hafizh Syahrin untuk rookie of the year, Morbidelli terjatuh dan membuka peluang untuk EL Pescao muncul rookie of the year dengan syarat menamatkan tempat di tempat 5 dan ke atas.

Maverick Vinales turut terjatuh ketika perlumbaan berbaki 13 pusingan.

Pada pusingan ke-15 daripada 27 bendera merah(Red Flag) dikibarkan kerana hujan lebat dan perlumbaan akan dimulakan semula.

Red Flag akan dikibarkan apabila sesuatu perlumbaan atau sesi latihan terganggu, bendera merah akan dikibarkan disetiap sektor oleh marshall yang bertugas.

Manakala lampu merah juga akan dinyalakan di sekeliling litar. Apabila isyarat ini berlaku, semua penunggang perlu kembali ke pit masing-masing.

Apabila bendera ini berkibar didalam laluan pit, menunjukkan bahawa laluan pit sedang ditutup dan pelumba tidak dibenarkan meninggalkan kawasan laluan pit

Perlumbaan disambung semula pada pusingan ke-14 selepas dihentikan pada pusingan ke-13 dan kedudukan grid adalah mengikut tempat sebelum perlumbaan dihentikan.

Hafizh Syahrin ditolak ke tempat ke-12 selepas perlumbaan bersambung. Berbaki 7 pusingan El Pescao kembali ke tempat ke-10.

Ketika 5 lagi pusingan untuk diharungi Valentino Rossi terjatuh lalu melonjakkan Hafizh ke tempat ke-9. Rossi kembali bangkit meneruskan perlumbaan dan berada ditempat ke-13.

El Pescao di potong oleh Stefan Bradl dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 lalu meraih 6 mata selepas bermula dari petak ke-21.

Hafizh gagal meraih gelaran rookie of the year namun aksi di musim sulungnya di MotoGP sangat membanggakan.

Sepanjang musim 2018 Hafizh Syahrin mengumpul 46 mata dan berada ditempat ke-16 secara keseluruhan.

Perlumbaan ini telah dimenangi oleh A Dovizioso diikuti oleh Alex Rins dan Pol Esparago meraih podium pertama buat pasukan KTM Racing.

Kedudukan penuh perlumbaan GP Valencia

Ramai yang menjadi mangsa litar

Baca Juga

Baca Juga