Hafizh Syahrin Raih Tempat Ke-4 Terpantas Selepas Meniru Gaya Tunggangan Lorenzo

Pelumba MotoGP negara yang beraksi bersama Monster Yamaha Tech 3 telah menghasilkan keputusan terbaik sejak menjadi pelumba MotoGP dalam sesi latihan apabila berada dikedudukan ke-4 terpantas selepas digabung masa sesi latihan FP1 dan FP2.

Hafizh melakukannya dalam alam sesi latihan di perlumbaan Monster Energy Grand Prix České republiky, Masaryk circuit, Automotodrom Brno dan beliau nyata tidak percaya dengan aksi yang dipamerkan.

“Aku tak percaya apa aku lakukan dalam dua sesi pertama pada hari pertama.” Ujar Hafizh penuh keterujaan.

“Pada sesi kedua aku cuba memperbaiki masa sesi pagi dan aku percaya aku boleh memperbaikinya dan pasukan pula memberikan ‘setup’ terbaik.”

“Akhirnya aku merasai satu perasaan yang sedap ketika menunggang. Aku cuba tayar yang keras(hard tyre) untuk roda belakang dan depan. Pada mulanya aku tak yakin denga tayar keras kerana aku terbabit dengan kemalangan di Austin dengan tayar ini tetapi dengan cuaca yang panas nyata inilah langkah terbaik.”

Semoga Hafizh dapat mempamerkan pemanduan yang baik dan tidak dihimpit Marquez yang gila

El Pescao mengakui bahawa beliau telah meniru gaya tunggangan Jorge Lorenzo dari pasukan Ducati yang pernah menunggang jentera Yamaha di Brno.

“Aku cuba untuk menunggang dengan lancar, Kita tahu bahawa Lorenza begitu laju ketika menunggang Yamaha di litar ini dan aku cuba meniru gaya tungangan Lorenzo untuk menunggang di Brno.”

Dengan tunggangan yang lancar ini memberikan motivasi dan keyakinan kepada Hafizh untuk menjadi ‘Rookie of the Year’.

“Sekarang, pasukan telah mempunyai motivasi penuh untuk merangkul gelaran ‘Rookie of the Year’. Aku sangat bermotivasi dan berharap hujung minggu ini aku akan meraih mata yang besar dan menjarakkan diri dengan pencabar utama.”

Selepas diikat kerana mengacau krew pasukan, Hafizh menjadi power.

Baca Juga

Baca Juga