Hafizh Syahrin Tempat Ke-9 Dalam Perlumbaan Yang Huru-Hara dan Penuh Kegilaan

Pelumba motosikal negara, Hafizh ‘Pescao’ Syahrin menamatkan perlumbaan di tempat ke-9 di perlumbaan MotoGP Termas de Rio Hondo, Argentina.

Pescao mempamerkan peningkatan selepas menamatkan saingan di tangga ke-14 pada perlumbaan pertama. Debut yang penuh bergaya dari Hafizh Syahrin apabila mengutip 2 mata di Losail International Circuit Qatar.

Hafizh konsisten dan istiqamah di tangga ke-10 sepanjang perlumbaan. Pada sektor terakhir Pescao berjaya berada di kedudukan ke-8.

Namun sayang pada selekoh terakhir ke garisan penamat Hafizh telah dipotong kembali dan menamatkan perlumbaan ditangga ke-10.

Marq Marquez dikenakan penalti 30 saat selepas mempamerkan tunggangan tidak bertanggungjawab lagi merbahaya yang menyebabkan Valentino Rossi terbabas.

Marquez selepas perlumbaan pergi ke tempat Rossi untuk meminta maaf namun dihalau oleh staff pasukan Rossi. Mau bertumbuk kalau jumpa.

Disebabkan penalti Marquez turun ke tangga 17 dan Hafizh naik ketangga ke-9 dan mengutip 7 mata.

Perlumbaan MotoGP menjadi huru-hara apabila perlumbaan ditangguhkan kerana litar yang basah kerana hujan telah kering kering. Hanya Jack Miller sahaja ketika itu berjudi nasib menggunakan tayar kering.

Kesemua pelumba lain menggunakan tayar basah kerana hujan diramal akan turun. Flag to flag rules memberi kelebihan kepada pelumba untuk menukar tayar sekaligus merugikan Miller.

Perlumbaan dimulakan kembali, Miller diberikan peluang untuk berada 6 petak ke hadapan berbanding pelumba lain. Sebelum perlumbaan lagi Marquez telah membuat drama.

Cal Crutchlow muncul juara MotoGP Argentina menewaskan rakan sepasukan Hafizh, Zarco.

Baca Juga

Baca Juga