Hafizh Syahrin Terjatuh Ketika Berada Dikedudukan Ke-8

Hafizh Syahrin mencipta kebangkitan dengan semangat yang luar biasa dipamerkan apabila berjaya meraih petak ke-10(P10) untuk perlumbaan MotoGP di litar Philip Island, Australia.

Bermula di petak ke-10, Hafizh bermula baik dan berjaya berada dalam kelompok 10 pelumba teratas. Ketika perlumbaan berbaki 8 pusingan El Pescao berada dikedudukan ke-8.

Tapi sayang apabila Hafizh terjatuh dan menyempitkan peluangnya untuk merebut gelaran Rookie of The Year. Franco Morbidelli menamatkan perlumbaan di tempat ke-8.

Kini Morbidelli(46) berada ditangga ke-14 pungutan mata meninggalkan Hafizh(34) di tangga ke-18 dengan perbezaan 12 mata.

Perlumbaan ini telah dimenangi oleh Maverick Vinales selepas Marq Marquez dan Johann Zarco terlibat dalam kemalangan. Tempat kedua menjadi milik Andrea Iannone diikuti David Dovizioso.

Tiada apa yang merubah hakikat bahawa Marquez sudah bergelar juara walaupun gagal menamatkan perlumbaan.

MotoGP Australia

1. Maverick Vinales
2. Andrea Iannone
3. David Dovizioso

Baca Juga

Baca Juga