Pelumba MotoGP Malaysia yang beraksi bersama Pasukan Monster Yamaha Tech 3, Hafizh Syahrin telah terlibat dalam kemalangan ketika berbasikal.
Kejadian ini telah dimuat naik oleh Hafizh Syahrin di laman Instagram rasmi beliau.
Terbabas ketika latihan hari ini di kelajuab 60kmj!?
——
Crash on training today 60kmh the speed!?
#PrayforHS55 #ElPescao55
Agak teruk juga luka yang dialami Hafizh. Semoga Hafizh cepat sembuh dan dapat beraksi di Jerez.
Rata-rata peminat mendoakan Hafizh cepat sembuh dan lebih berhati-hati di masa hadapan.
Mereka juga bimbang kerana kejadian kemalangan basikal yang pernah menimpa mendiang Nicky Hayden sebelum ini.
Lagenda MotoGP Nicky Hayden Meninggal Dunia
Lagenda MotoGP Nicky Hayden telah meninggal dunia pada usia 35 tahun selepas pelumba kelahiran Amerika Syarikat itu terbabit dalam perlanggaran dengan kereta ketika sedang berbasikal di Riviera di Rimini tahun lalu
Juara dunia 2006 dan pemenang perlumbaan WorldSBK dikenali sebagai ‘Lelaki Paling Budiman di Perlumbaan GP’. Hayden merupakan seorang pelumba yang sejati yang sentiasa memberi saingan dan komitmen kepada sukan ini.
Menceburi bidang perlumbaan melalui dirt bike di USA, Hayden kemudian meneruskan kerjaya di Tarmac dan meraih AMA Supersport Champion pada 1999. Kemudian menjadi pelumba termuda dengan menjurai AMA Superbike crown pada 2002.
Kerjaya Hayden di kejuaraan dunia MotoGP bermula pada 2003 dan meraih dua podium di Motegi dan Philip Island sebagai pelumba baru. Pada 2004, Hayden naik podium lebih kerap sebelum meraih petak pertama dan kemenangan sulung GP di Laguna Seca pada 2005.
Pada 2006 ‘The Kentucky Kid’ muncul juara Kejuaraan Dunia MotoGP di mana beliau menewaskan Valentino Rossi dan mengesahkan kejuaraan pada perlumbaan terakhir di Valencia. Pada 2009, Hayden menyertai pasukan Ducati dan seterusnya bersama pasukan Aspar.
Tahun 2015 merupakan musim terakhirnya di MotoGP. Hayden dimasukkan kedalam senarai MotoGP™ World Championship Hall of Fame sekaligus bergelar Legend pada perlumbaan terakhir musim 2015 di Valencia.
Hayden kemudian mengharungi cabaran baru di WorldSBK dan beberapa kali meraih Podium dan berjaya meraih kemenangan pertama dalam musim pertamnya di WorldSBK. Dengan kemenangan di WorldSBK Hayden termasuk dalam senarai eklusif yang memenangi kedua-dua perlumbaan di WorldSBK dan MotoGP.
Hayden menjadi MotoGP Legend pertama yang kembali ke perlumpaan GP pada 2016 sebagai pelumba gantian di litar Aragon dan Philip Island.
Perlumbaan terakhir Hayden untuk pasukan Red Bull Honda World Superbike di Imola, Italy pada 14 Mei lalu. Satu berita sedih buat dunia permotoran dengan kehilangan Nicky Hayden ‘The Kentucky Kid’.
RIP LEGEND!