Hairuddin Omar mencadangkan Elaun Ganti Kontrak

Presiden Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM), Hairuddin Omar mencadangkan persatuan negeri dan kelab supaya mewujudkan elaun khas susulan masalah kontrak pemain  yang masih terlibat dalam saingan Piala Malaysia 2015.

Kapten pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu percaya kebiasaan rata-rata kontrak pemain Liga Malaysia (Liga M) tamat pada Oktober dan November.

Masalah kontrak pemain dibangkitkan baru-baru ini ekoran jadual membabitkan peringkat pertama perlawanan separuh akhir Piala Malaysia pada 27/28 November dan peringkat kedua 6/7 November, serta perlawanan akhir pula pada 12 Disember.

Bagi Hairuddin elaun adalah lebih wajar dan adil untuk kedua pemain dan pasukan berbanding cadangan tawaran lanjutan kontrak tiga bulan.

“Sudah pasti pasukan sendiri tidak mahu rugi kerana di faktor peringkat kalah mati dan belum tentu ke final lagi.

“Takkanlah nak tawarkan kontrak tiga bulan untuk satu-dua perlawanan sahaja.

“Elaun pemain diberikan perlulah amaun yang sama seperti diterima dalam kontrak terdahulu lebih sesuai diberikan.

“Elaun mestilah secara bulanan, kerana gaji harian adalah tidak profesional,” tegasnya.

Tambah Hairuddin lagi, perkara seperti ini tidak akan berlaku seandainya pemain menerima kontrak sekurang-kurangnya dua tahun, dan FAM lebih peka dalam menyusun jadual Liga M.

Baca Juga

Baca Juga