Hajat Real Madrid ‘Tergendala’ Berikutan Keputusan Mbappe Untuk Terus Kekal Di PSG

Pemain antarabangsa Perancis, Kylian Mbappe menafikan desas-desus yang mengaitkan beliau dengan perpindahan ke Real Madrid musim panas ini apabila menyatakan pendiriannya untuk kekal bermain bersama Paris Saint-Germain.

Berikutan keputusan Cristiano Ronaldo untuk menyertai Juventus musim depan, Real Madrid sedang berusaha keras untuk mencari pengganti yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ronaldo.

Mbappe tiada pelan tinggalkan PSG buat masa sekarang, mungkin lepas menang 3 UCL berturut-turut baru keluar kot

Los Blancos dilaporkan sedang melihat beberapa nama besar tetapi Mbappe dianggap calon paling sesuai memandangkan usianya yang masih muda. Akan tetapi, Real Madrid harus berbincang terlebih dahulu mengenai harga yang perlu mereka bayar kepada PSG memandangkan Mbappe baru sahaja bermain untuk PSG selama satu musim.

Mbappe menyertai PSG pada tirai perpindahan musim panas tahun lepas secara pinjaman dari Monaco, tetapi PSG baru sahaja menukar perjanjian itu menjadi perpindahan tetap pada tirai perpindahan kali ini.

Walau bagaimanapun, Real Madrid mungkin perlu melupakan hajat mereka buat masa sekarang kerana Mbappe tidak merancang untuk meninggalkan Perancis dalam masa terdekat ini.

“Saya akan terus bersama Paris Saint-Germain dan meneruskan karier saya bersama pasukan tersebut.”

Umur 19 dah cium Piala Dunia. Ko umur 19 buat apa ? 

“Karier bola sepak saya baru sahaja bermula.”

Mbappe baru sahaja membantu Perancis muncul juara Piala Dunia 2018 dengan menewaskan Croatia 4-2 dalam perlawanan akhir yang berlangsung semalam di Stadium Luzhniki.

Beliau menamatkan kempen Piala Dunia 2018 dengan menjaringkan 4 gol, 2 gol di belakang pemenang Kasut Emas, Harry Kane yang mempunyai 6 gol.

Mbappe turut diumumkan sebagai pemenang anugerah Pemain Muda Terbaik Piala Dunia 2018 berikutan prestasi cemerlangnya sepanjang berlangsung temasya bola sepak teragung di dunia yang diadakan 4 tahun sekali. Anugerah tersebut dipertandingkan bagi memberi pengiktirafan kepada pemain bawah usia 21 tahun yang mempamerkan prestasi cemerlang di Piala Dunia.

Modric diumumkan pemain terbaik kejohanan manakala Mbappe dianugerahkan trofi pemain muda terbaik

Bagi anugerah Bola Emas Piala Dunia 2018 pula, ia dianugerahkan kepada kapten Croatia, Luka Modric kerana kejayaannya membantu Croatia layak ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah.

Tempat kedua jatuh kepada kapten Belgium, Eden Hazard dan tempat ketiga diberikan kepada Antoine Griezmann.

Baca Juga

Baca Juga