Hakim Ziyech Jaring Gol Paling Kelakar Setakat Ini Di Piala Dunia

Ziyech

Pemain harapan Maghribi, Hakim Ziyech telah menjaringkan gol dalam situasi paling kelakar setakat ini di Piala Dunia 2022 Qatar ketika bertemu Kanada dalam perlawanan terakhir kumpulan F.

Maghribi turun untuk mencari kemenangan dan tiga mata yang akan menjanjinkan mereka tempat ke pusingan 16 terakhir dan gol pembukaan hadir seawal minit ketiga perlawanan.

Kanada sudah pun sah terkeluar dari saingan Piala Dunia selepas hanya dua perlawanan sahaja apabila tewas kepada Belgium dan Croatia.

Selaku tuan rumah Piala Dunia 2026, Kanada pasti mahu mengambil kesempatan ini untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin untuk dijadikan bekalan empat tahun lagi.

Kanada walaupun tersingkir awal namun skuad muda menunjukkan potensi mampu bersaing dan mungkin mampu menjadi pencabar pada tahun 2026 di mana pemain muda mereka akan bertambah matang.

Di Piala Dunia 2022, Kanada telah mendapat pujian ramai kerana mereka telah bermain bola sepak dengan baik sekali, tetapi aksi kelakar menjadi milik mereka ketika menentang Maghribi.

Hakim Ziyech nyata tidak mensia-sia peluang mudah dan percuma itu apabila hantaran ke belakang pemain pertahanan, Steven Vitoria mencari penjaga gol, Milan Borjan tidak berakhir dengan baik.

Entah apa yang dikelam-kabutkan oleh bahagian pertahanan Kanada itu apabila Milan Borjan keluar dari kawasan gol selepas menerima hantaran Steven Vitoria telah terhantar bola kepada Hakim Ziyech.

Hakim Ziyech terus melakukan satu lob dan gelembungan buaya yang sangat cantik ke gawang yang terbuka tanpa seorang pun yang menjaga.

Penjaga gol Kanada, Milan Borjan hanya mampu melangut melihat ke langit ketika bola menerjah gawang dan hanya mampu tidak berpuas hati sahaja.

Gol itu nyata menjadi pemangkin semangat buat Maghribi yang menggandakan kedudukan pada minit ke-23 menerusi pemain penyerang mereka, Youssef En-Nesyri.

Umpanan Achraf Hakimi nyata tidak dibazirkan begitu saja oleh Youssef En-Nesyri untuk menewaskan Milan Borjan kali kedua dalam tempoh 20 minit.

Kanada walaupun kurang pengalaman tetap menunjukkan semangat melawan kerana itulah aksi mereka mendapat pujian dan pada minit ke-40 mereka berjaya mengurangkan defisit.

Pemain pertahanan Maghribi, Nayef Aguerd telah menjaringkan gol sendiri apabila cuba memotong bola hantaran lintang merbahaya dari Sam Adegkube.

Sejarah tercipta apabila Nayef Aguerd telah menjaringkan gol sendiri pertama di Piala Dunia 2022 dan merupakan gol ke-100 kejohanan setakat ini.

Dan itu merupakan gol kedua Kanada di Piala Dunia walaupun Nayef Aguerd merupakan penjaring selepas Alphonso Davies menjaringkan pertama ketika kalah 4-1 kepada Croatia.

Gol Alphonso Davies itu merupakan gol pertama Kanada dalam sejarah penyertaan mereka di Piala Dunia. Ini merupakan kali kedua Kanada di Piala Dunia selepas 1986.

Dan slot Piala Dunia 2026 sudah berada dalam genggaman mereka atas tiket sebagai tuan rumah.

Bersambung babak kedua permainan masih rancak namun tiada gol tambahan sehingga tamat permainan dan Maghribi layak selaku juara kumpulan.

Pada minit ke-87 Bono telah melakukan satu aksi berisiko selepas menerima hantaran ke belakang dengan kawalan ke laut mujur Bono sempat membuat tandukan sebelum menangkap kembali bola.

Kesebelasan Utama Canada: Milan Borjan (c), Alistair Johnston, Samuel Adekugbe, Kamal Miller, Steven Vitoria, Junior Hoilett, Tajon Buchanan, Mark-Anthony Kaye, Cyle Larin, Alphonso Davies, Jonathan Osorio

Pemain Simpanan: St. Clair, Piette, Fraser, Cavallini, Ugbo, Hutchinson, Kone, Pantemis, David, Laryea, Millar, Wotherspoon, Cornelius, Waterman.

Kesebelasan Utama Morocco: Yassine Bounou, Achraf Hakimi, Noussair Mazraoui, Sofyan Amrabat, Nayef Aguerd, Romain Saiss (c), Hakim Ziyech, Azzedine Ounahi, Abdelhamid Sabiri, Soufiane Boufal, Youssef En-Nesyri

Pemain Simpanan: Hamdallah, Zaroury, Mohamedi, Chair, Aboukhlal, Amallah, Ezzalzouli, El Yamiq, Dari, Cheddira, Tagnaouti, El Khannous, Benoun, Attiyat Allah, Jabrane.

BACA:  Ziyech Derma RM1.4 Juta Bonus Piala Dunia dan Dermakan Gaji Bersama Maghribi Sejak 2015