Hamidin : TMJ Punca Harimau Malaya Pamer Aksi Bertenaga Menentang Lubnan

Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan di laman Muka Buku FAM telah mendedahkan bahaw TMJ punca aksi bertenaga yang dipamerkan skuad Harimau Malaya.

Ketika aksi menentang Lubnan dalam perlawan terakhit peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia, Malaysia menunjukkan aksi yang penuh bertenaga lagi menghiburkan. Jauh lebih baik berbanding aksi menentang Mongolia.

Gol minit akhir Hilal El Helwe meranapkan impian Malaysia untuk mengutip mata kedua. Lubnan di hadapan pada minit ke-18 apabila Hassan Maatouk menyempurnakan sepakan penalti.

Namun Malaysia berjaya mengikat kedudukan melalui Syafiq Ahmad pada minit ke-72. Dengan 9 pemain yang dipanggil untuk proses penggiliran permainan dari skuad Harimau Malaya harus dipuji.

Malaysia meneruskan kemarau kemenangan kepada 12 perlawanan tanpa menang sejak 2016.

Walaupun tewas, Harimau Malaya menerima reaksi positif dari peminat bola sepak tanah air yang kagum dengan persembahan mereka semalam walaupun banyak yang perlu dibaiki lagi.

Skuad Harimau Malaya seakan kembali memberi harapan kepada peminat sukan nombor satu negara itu.

Dato’ Haji Hamidin dalam kenyataannya tanpa dwibahasa mendedahkan bahawa Mantan Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) punca pemain begitu bersemangat.

“Untuk pengetahuan semua, persembahan bertenaga anak buah Tan Cheng Hoe itu tadi salah satu faktornya adalah kerana sokongan padu daripada Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang berjanji untuk terus berdiri teguh di belakang skuad Harimau Malaya.”

Malah TMJ juga menjanjikan bonus jika mencatat kemenangan.

“Tunku Ismail telah menghubungi saya di Beirut ini pada sebelah pagi dengan baginda berjanji untuk memberikan bonus kepada pasukan jika berjaya mencatat kemenangan dan segala titah baginda itu serta kata-kata semangatnya telah saya sampaikan kepada para pemain ketika sesi makan tengah hari.”

Kenyataan penuh Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seperti di bawah.

SEMANGAT JUANG TINGGI PEMAIN HARIMAU MALAYA WAJAR DIPUJI

Saya berasa cukup positif dengan persembahan yang telah ditunjukkan para pemain skuad Harimau Malaya ketika bertemu Lebanon pada perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia 2019, malam tadi biarpun kita kurang bernasib baik apabila dibolosi gol minit akhir dan tewas tipis 2-1.

Untuk pengetahuan semua, persembahan bertenaga anak buah Tan Cheng Hoe itu tadi salah satu faktornya adalah kerana sokongan padu daripada Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang berjanji untuk terus berdiri teguh di belakang skuad Harimau Malaya.

Tunku Ismail telah menghubungi saya di Beirut ini pada sebelah pagi dengan baginda berjanji untuk memberikan bonus kepada pasukan jika berjaya mencatat kemenangan dan segala titah baginda itu serta kata-kata semangatnya telah saya sampaikan kepada para pemain ketika sesi makan tengah hari.

Dengan sokongan berterusan daripada Tunku Ismail dan juga seluruh penyokong Harimau Malaya yang saya percaya turut mengikuti perlawanan tadi menerusi ‘live streaming’, saya yakin skuad Harimau Malaya akan mengulangi persembahan bertenaga ini apabila kita bertemu Bhutan pada perlawanan persahabatan antarabangsa “A” di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad ini, sekali gus mampu untuk menamatkan kemarau panjang tanpa kemenangan. Insya-Allah.

Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Demi Bola Sepak Tanah Air
#HarimauMalaya
#TheRealHarimauMalaya
#RevolusiFAM
#EraBaharu

Baca Juga

Baca Juga