Hamilton Dan Serena Williams Berpotensi Untuk Menjadi Pemilik Baru Chelsea

Lewis Hamilton dan Serena Williams berpotensi untuk menjadi sebahagian dari calon pemilik baru Chelsea dengan mereka turut mengeluarkan dana kepada salah satu pihak yang sedang membida mahu membeli The Blues.

Pada awal tahun baru-baru ini, Roman Abramovich telah bersetuju untuk menjual Chelsea selepas segala assets beliau di UK telah dibekukan oleh pihak kerajaan ekoran dari situasi yang berlaku antara Rusia dan Ukraine.

Walau Chelsea dikatakan sangat terdesak untuk mendapatkan pemilik baru pada ketika ini, namun sehingga hari ini masih belum ada pihak yang berjaya memuktamadkan rundingan.

Menurut sumber laporan dari Sky News, pemenang tujuh kali gelaran Juara dunia Formula One, Hamilton dan Juara 23 kali grand slam, Serena Williams turut melabur dana untuk membida membeli Chelsea.

Bidaan itu dilakukan oleh Syarikat konsortium yang diketuai oleh Sir Martin Broughton, bekas chairman Liverpool FC dan Syarikat penerbangan British.

Kedua-dua atlet sukan terkenal dunia itu telah bersetuju mengeluarkan dana bernilai £10 juta setiap seorang untuk membantu Martin Broughton mendapatkan Chelsea.

Hamilton sendiri sebenarnya merupakan salah seorang penyokong tegar seterus Chelsea, Arsenal yang baru-baru ini telah membelasah anak-anak buah Thomas Tuchel itu di Stamford Bridge.

Walau beliau merupakan peminat tegar Arsenal, namun hal itu tidak menghalang Hamilton dari menjadi salah seorang calon pemilik Chelsea.

Hamilton dan Williams jelas sekali akan menjadikan profile bidaan konsortium mereka akan jauh lebih menarik berbanding pembida lain.

Sumber dari Sky Sports melaporkan yang kehadiran kedua-dua tokoh sukan itu sememangnya jelas menunjukkan yang mereka benar-benar serious mahu melabur di Stamford Bridge.

Mereka bukanlah tokoh sukan terkenal dunia pertama yang akan melabur dalam syarikat konsortium Broughton dengan Sebastian Coe turut akan menjadi salah seorang pelabur dalam usaha mereka untuk mendapatkan Chelsea.

Legenda F1 dan tennis itu juga bukanlah tokoh sukan terkenal pertama yang akan jadi pemegang saham di kelab Premier League kerana legend NBA, LeBron James terlebih dahulu sudah melabur kepada Liverpool.

Hamilton pada ketika ini sedang melalui permulaan musim Formula One yang sangat sukar dengan Mercedes ketika ini masih bergelut dengan peraturan baru yang ditetapkan pada tahun ini.

Serena Williams sementara itu langsung tidak pernah bermain sejak dari bersara di acara di Wimbledon pada tahun lalu dan harapan beliau mahu menyamai rekod Margaret Courts sebagai Juara 24 kali grand slam terkubur sebaik beliau bersara.

Chelsea sementara itu baru sahaja dibelasah oleh Arsenal dalam aksi saingan Premier League kemarin dengan anak-anak buah Thomas Tuchel itu banyak melakukan kesilapan individu yang membawa kepada kekalahan tersebut.

Thomas Tuchel turut mengakui yang anak-anak buahnya sendiri yang menjadi punca kekalahan mereka dalam perlawanan tersebut kerana terlalu mudah memberikan gol kepada lawan.

Lebih menarik lagi, Thomas Tuchel turut dihentam teruk oleh para peminat kerana memberi alasan tak masuk akal sebalik kekalahan memalukan mereka itu.

Pengurus dari Jerman itu menyalahkan padang sebagai punca mengapa Chelsea dibolosi dan padang juga merupakan punca mengapa anak-anak buahnya kerap melakukan kesilapan.

Ya, padang di Stamford Bridge. Thomas Tuchel meletakkan kesalahan pada padang tersebut kerana merasakan anak-anak buahnya sukar bermain di padang itu.

Beliau kini sepertinya sudah tidak ada harapan untuk bersaing menjuarai saingan Premier League dan mereka juga turut sudah tersingkir dari saingan Champions League.

Chelsea kini akan memberi sepenuh perhatian mereka pada aksi perlawanan akhir saingan FA Cup bertemu Liverpool yang akan dilangsungkan bulan hadapan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Conte Gembira Jika Mourinho Terus Pinggirkan Pogba Untuk Perlawanan Ahad Ini