Hampir 40 Peratus Pemain EPL Mengalami Masalah Gigi Reput

Paris: Hampir 40 peratus pemain bolasepak profesional di Britain termasuk Liga Perdana Inggeris mengalami masalah gigi reput – malah ada kes turut menjejaskan prestasi di atas padang menurut satu kajian terbaru dilakukan.

Menurut kajian tersebut, secara purata, gigi dan gusi mereka berada dalam keadaan lebih teruk berbanding rakan sebaya mereka di Britain. Tak tahulah kot gigi rosak ni mampu menakutkan pihak lawan daripda merampas bola.

Kalau nak ikutkan, para pemain meraih pendapatan yang cukup tinggi melalui bolasepak tetapi tidak ramai membuat penjagaan gigi. Mungkin bagi mereka rawatan untuk mendapatkan gigi yang sihat lebih mahal daripada kereta-kereta mewah.

Charlie Adams – antara pemain yang mepunyai masalah gigi

“Kami menemui beberapa pemain mengalami gigi reput sangat dalam hingga menyentuh saraf dan menyebabkan jangkitan pada rahang,” kata pengarang utama Institut Pergigian Eastman UCL, Ian Needleman.

Kajian diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Sukan British itu adalah pertama kali dilakukan untuk menilai masalah berkaitan gigi begitu berleluasa dalam kalangan pemain profesional di England – pada satu tahap menjejaskan kecekapan fizikal mereka.

Needleman mengetuai sekumpulan doktor gigi dan doktor melakukan pemeriksaan terhadap 187 pemain di lapan kelab England dan Wales. Lima pasukan adalah daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) – Hull, Manchester United, Southampton, Swansea City dan West Ham.

Sumber berita : AFP

Baca Juga

Baca Juga