Hampir 5k Pengguna IMDb Beri Rating 1.0/10 Untuk The Pogmentary

Dokumentari bersiri The Pogmentary menerima telah diberi penarafan atau rating 1.0 oleh hampir 5k pengguna IMDb dan 309 ulasan pula telah diberikan dan rata-ratanya bersifat negatif.

IMDb ialah pangkalan data dalam talian maklumat yang berkaitan dengan filem, siri televisyen, video rumah, permainan video dan kandungan penstriman dalam talian – termasuk pelakon, kru produksi dan biografi peribadi, ringkasan plot, trivia, penilaian dan ulasan peminat yang kritikal.

Sama dan lebih kurang macam tomato busuk (Rotten Tomatoes).

Pengguna IMDb biasanya berpeluang untuk memberi rating 1 sehinnga 10 bagi filem, siri televisyen, permainan video dan macam-macam lagi serta juga ulasan di laman sesawang ini untuk dijadikan rujukan kepada pengguna lain.

Rating 10 bermakna terpaling sedap, baik dan bagus, manakala 1 adalah untuk yang terburuk, teruk, tak sedap, membazir masa dan kira tahap sampah jika diikutkan kepada ayat yang selalu digunakan oleh seorang pengulas filem atas talian.

Kalau korang nak tau sebuah filem itu menarik dan sedap bolehlah merujuk kepada rating yang ditinggalkan pengguna IMDb yang lain.

The Pogmentary merupakan satu dokumentari yang mengisahkan perjalanan karier Paul Pogba dan sinopsis ringkasnya adalah ‘Sekilas tentang kehidupan Paul Pogba, pemain bola sepak Perancis bertaraf dunia yang berpengaruh’.

Dokumentari The Pogmentary yang mempunyai 5 episode yang berdurasi 30 minit untuk setiap episode ini telah ditayang pada 17 Jun lalu di saluran atas talian Amazon Prime.

Ketika artikel ini ditulis sebanyak 4,958 pengguna IMDb telah memberi rating kepada dokumentari bersiri ini dan sebanyak 4,721 telah memberikan rating 1.0 mewakili 95.2 peratus.

Pecahan undian rating 1-10 di IMDb dari 4,958 pengguna:

1 – 4721 (95.2%)
2 – 24 (0.5%)
3 – 8 (0.2%)
4 – 13 (0.3%)
5 – 3 (0.1%)
6 – 13 (0.3%)
7 – 12 (0.2%)
8 – 7 (0.1%)
9 – 7 (0.1%)
10 – 150 (3.0%)

Menurut pengguna Twitter bernama OddsOnFPL The Pogmentaru merupakan penarafan terburuk pernah diterima oleh rancangan TV atau filem di IMDb dan rating terburuk adalah 1.0/10 dan Pogmentary telah mencapainya.

Menurut OddsOnFPL Siri TV yang kedua terburuk adlaah ‘Iste Bu Benim Masalim’, yang merupakan Siri Muzikal Turki dengan rating 1.2/10.

Ini mungkin kerana OddsOnFPL tidak pernah mendengar filem Badang dari Malaysia yang ditayangkan pada 2018 dibintangi oleh pengasas kosmetik terkenal, Alif Syukri dan Fasha Sandha serta diarahkan oleh A. Razak Mohaideen.

Menurut laman sesawang penulis sukan terkenal di atas talian dan juga penulis pelbagai guna axello.net, Badang seringkali dianggap penanda aras filem terburuk di Malaysia.

Badang mendapat penarafan 1.1/10 mengatasi The Pogmentary yang pada awalnya berada ditahap yang sama 1.1/10 namun dengan undian berterusan telah jatuh ke 1/10.

Di bahagian ulasan pula agak sedap ulasan yang ditinggalkan seperti mempunyai dendam yang mendalam terhadap Paul Pogba.

Memalukan

“Khayalan terbesar dan penting diri sendiri. Ia memalukan semua pemain bola sepak sebenar yang terdahulu. Sungguh memalukan manusia yang bekerja 9 hingga 5 yang meraih sebahagian kecil daripada pendapatan lelaki ini dalam seminggu. Elakkan, layan egonya yang melambung tinggi.”

Dokumentari paling teruk

“Dokumentari paling teruk pernah saya tonton. Dengarkan muzik yang menyedihkan, mainkan lakonan di hadapan kamera, tambahkan kesedihan keluarga (tetapi saya akan merakamkannya dan bukannya perkara privasi). Ejen membandingkan dirinya dengan Yesus dan kita semua tahu betapa hebatnya dia. “Manchester akan sentiasa istimewa untuk saya” dan kemudian menyatakan tawaran yang “tiada makna” sebanyak 300k seminggu. Syukur kepada tuhan untuk Manchester United drama telah tamat. Juventus mempunyai masalah itu sekarang.”

Model Rambut

“Pemain bola sepak yang terlalu tinggi harga, terlalu mahal, bergaji berlebihan yang menganggap bahawa dia adalah pusat alam bola sepak, pembocor dan virus sebenar untuk mana-mana bilik persalinan!, dia lebih model gaya rambut daripada pemain bola sepak sebenar!”

Rumusan Sempurna

Jogumentary ini adalah rumusan sempurna dalam karier bola sepaknya setakat ini, mengambil berat tentang wang, berpesta dan bermegah tentang satu perlawanan yang dia main dalam setahun.

Jika dilihat dari ulasan penuh dendam ini boleh diagak dari mana datangnya kemarahan sehingga menjadikan The Pogmentary mendapat penarafan 1.0/10.

Punca Pogmentary Dapat 1.0/10

Kemarahan kepada The Pogmentary yang membawa kepada penarafan 1.0/10 bermula dari sedutan video dalam rangka promosi yang dilakukan oleh Amazon Prime kepada dokumentari ini.

Kata putus gagal dicapai untuk Pogba kekal antaranya kerana Paul Pogba mahukan gaji yang tinggi dan ketika itu Pogba menikmati gaji yang sangat lumayan kira-kira £290,000 seminggu atau £15,080,000 setahun.

Manchester United ketika itu membuat tawaran kedua kepada Pogba dengan gaji sebanyak £300,000 seminggu dan bagi Pogba jumlah itu tiada nilainya.

Situasi di dalam dokumentari itu telah dirakam pada Julai 2021 di Miami ketika Pogba sedang bercuti dengan sebuah kapal layar mewah bersama ejennya, Mendiang Mino Raiola dan berbincang mengenai tawaran kontrak setan merah.

Situasi di dalam dokumentari itu telah dirakam pada Julai 2021 di Miami ketika Pogba sedang bercuti dengan sebuah kapal layar mewah bersama ejennya, Mendiang Mino Raiola dan berbincang mengenai tawaran kontrak setan merah.

Raiola: “Paul, kau berada dalam situasi yang sangat penting,” Raiola memberitahunya. “Kau tak tahu. Kau memang tak tahu.”

Pogba: “Setan Merah ada buat tawaran kedua ke?”

Raiola: “Ya. Dieorang nak sangat kau stay do. Bagi aku la, tawaran tak bermakna apa-apa pun. Aku bagitau dieorang, ‘Jika korang nak Pogba kekal, jangan buat tawaran tu’. Aku akan cuba buat dieorang faham kalau dieroang betul-betul nak kau stay, dieorang kena buat projek berpaksikan ko bro. Kali dieorang lain sikit, siap letak duit atas meja.”

Pogba: “Dieorang menipu la tu. Lagu mana dieorang boleh cakap nak aku stay tapi tak offer apa-apa? Tak rajin aku tengok benda lagu ni.”

Mino Raiola pula mahu Setan Merah membina pasukan berasaskan Pogba ‘Play around Pogba’ bukannya Bruno Fernandes. Dengan permainan tarik tali sebegini mana mau Setan Merah merealisasikannya dan lebih baik berpaksikan kepada Bruno untuk tempoh jangka panjang.

Raiola juga dilihat bertanya kepada Pogba apakah rancangannya untuk masa depan. dan menyatakan bahawa dia percaya ada sesuatu yang menghalangnya daripada berkembang di United.

Raiola: “Apa yang terbaik untuk ko bro? Apa yang terbaik untuk keluarga ko, untuk kerjaya ko? Apa yang terbaik dari segi ekonomi? Apa yang terbaik untuk jenama ko?

“Kiteorang akan cuba buat ko rasa lebih baik sama macam ko main kat pasukan Perancis.”

“Ko memang lain sangat bila main ngan setan merah. Ko faham tak? Macam ada lagi sorang Pogba dari universe lain versi palat. Ni tak betul”

“Dengan Perancis lah ko jadi Pogba sebenar, Pogba Juventus, Pogba yang semua orang suka. Dengan setan merah macam ada benda tak kena je. Ada je penghalang.”

Pogba: “Dalam otak aku ni bro, aku nak tunjuk dan buktikan kat Setan Merah dieorang dah buat silap, siap buat lambat nak bagi aku kontrak. Sakit pulak hati kita wak.”

“Aku nak tunjuk kat kelab lain, Setan Merah dah buat silap sebab tak bagi kontrak kat aku.”

Itulah antara intipati menarik dari dokumentari ‘Pogmentary’ yang akan keudara pada 17 jun. Kalau nak tahu kesudahan cerita ni dan kisah dalam kain Pogba yang lain sila langgan Amazon Prime.

Apa yang pasti sejak setahun yang lalu, Pogba telah membuat keputusan untuk meninggalkan Setan Merah kerana rakaman perbualan dalam dokumentari ini adalah pada Julai 2021.

Kalaulah Pogba memang nak stay mana mau dia dedah cerita dalam kain ni secara terbuka. Pogba dah lama rancang, setan merah je lalai.

Paul Pogba telah membuat 266 penampilan bersama Manchester United dan telah menjaringkan 39 gol sejak membuat kepulangan semula dari Juventus pada 2016 dengan yuran perpindahan £80 juta.

BACA:  Tiada Lagi Botol Arak di Hadapan Pemain Islam di Sidang Media EURO 2020