Hamsik Mahu Memecahkan Rekod Jaringan Maradona Di Napoli

Hatrick Marek Hamsik ketika Napoli membelasah Bologna 7-1, Sabtu lalu mejadikan jumlah gol yang dijaringkan Hamsik bersama Napoli berjumlah 109 setakat ini, hanya kurang 6 gol untuk menyamai rekod yang dipegang oleh lagenda Napoli iaitu Maradona.

Untuk rekod Maradona bukanlah anak syarikat MARA yang terpalit dengan isu penjaan tempoh hari. Maradona atau nama penuh dalam kad pengenalan Argentinya merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Napoli dengan 115 gol dalam semua pertandingan.

“Ia adalah hatrik pertama saya di Serie A dan saya gembira, Maradona adalah unik, tiada pemain lain sepertinya namun saya mahu mengatasi rekodnya”

Hamsik yang merupakan pemain tengah Napoli dan juga Slovakia dijangka tidak menghadapi masalah untuk memecahkan rekod sepanjang zaman Maradona itu melainkan maut menjemputnya. Hamsik menjaringkan 109 gol dalam tempoh 9 musim.

“Saya menyasarkan pada tahun ini namun jika tidak, pada masa depan.” kata Hamsik.

Setakat ini Napoli merupakan pasukan paling prolifik di Serie A dengan menjaringkan 55 gol dalam 23 perlawanan. Setakat ini Napoli mengharungi 12 perlawanan berturut-turut tanpa kalah di Serie A dan 17 perlawanan dalam semua pertandingan.

Tiada masalah bagi Hamsik untuk memecahkan rekod berusia 25 tahun itu dan mungkin Hamsik bakal melakukannya ketika menentang Real Madrid di Liga Juara Eropah.

Baca Juga

Baca Juga