Tatkala Malaysia masih bergelut dengan skandal rasuah dan pelantikan jurulatih skuad kebangsaan, Korea Utara telah mencipta sejarah mereka tersendiri apabila Han Kwang Song muncul pemain pertama Korea Utara untuk bermain di Serie A.
Han melakukan debut untuk Cagliari menggantikan Marco Sau pada minit ke-86, ketika mereka menewaskankan Palermo,3-1.
Cagliari menandatangani Han untuk bermain bersama skuad Primavera(senior) mereka selepa Han berjaya mencuri hati pengurusan kelab melalui persembahan yang berkualiti ditunjukkan dalam ujian. Selain Cagliary, Ajax Amsterdam juga dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain berusia 18 tahun ini.
Sebelum beraksi bersama pasukan senior, Han telah menunjukkan belangnya bersama pasukan belia selepas menjaringkan gol ketika mereka menang 4-1 ke atas Parma, dalam Kejohanan Viareggio – kejohanan peringkat belia.
Sebagai rekod, Han pernah memenangi Kejohanan Asia bawah-16 tahun bersama Korea Utara pada tahun 2014, selain menterbeliakkan mata pencari bakat dalam Piala Dunia bawah-17 setahun kemudian.
Semakin bertambah pemain Korea Utara bermain di Eropah. FC Bari tiada hajat nak ambil pemain Malaysia ke?
Ke dah jual semula?