Hancur Harapan Peminat Man Utd Mahu Maguire Dihantar Ke Marikh, Elon Musk Hanya Begurau Nak Beli United

Peminat Manchester United telah dikhabar berita paling gembira yang mereka dapat rasakan sejak musim baru bermula apabila Elon Musk dilaporkan mahu membeli pasukan mereka dari tangan keluarga Glazer yang dibenci ramai.

Namun harapan mereka tidak lama apabila hancur berkecai, harapan untuk melihat Harry Maguire dihantar ke Marikh juga lebur kerana Elon Mask hanya bergurau dan main-main sahaja.

Lelaki terkaya di muka bumi itu telah mengejutkan dunia bola sepak apabila mengumumkan akan membeli Manchester United melalui laman Twitter rasminya.

“Dan satu lagi, saya sedang membeli Manchester United, sama sama,” kata Musk dalam tweet.

Ternyata masih ada ramai tidak percaya dengan apa yang diumumkan oleh Elon Musk itu ketika sudah ada yang memasang harapan mahukan kapten pasukan, Harry Maguire dihantar ke Marikh.

Seorang pengguna Twitter yang berasa sangsi telah bertanya kepada Elon Musk adakah dia serius mahu membeli kelab bola sepak?

Dengan ringkas Elon Musk menjawab:

“Tidak, ini adalah jenaka yang sudah lama disiarkan di Twitter. Saya tidak membeli mana-mana kelab sukan.”

“Walaubagaimanapun, jika ia adalah mana-mana pasukan, ia adalah Man U. Mereka adalah pasukan kegemaran saya semasa kecil.”

Orang kaya berusia 51 tahun itu sebelum ini pernah digesa untuk membeli kelab Liga Perdana itu oleh peminat yang terdesak awal tahun ini.

Elon Musk yang merupakan pemilik Tesla dan Space X dan mempunyai nilai kekayaan bersih sekitar $265billion (£200bn).

Hartawan ini pernah mengejutkan dunia apabila mengemukakan bidaan $41 bilion (£31bn) untuk membeli Twitter pada bulan April namun tak jadi beli dan telah menjadi kes mahkamah.

Melihat kekayaan Elon Musk peminat United mahukan dia memercikkan kekayaan dan wang tunainya pada pasukan mereka yang goyah di tangan keluarga Glazer.

Musk mempunyai sejarah membuat tweet yang tidak sopan dan gemar menimbulkan spekulasi serta kontroversi di Twitter dan menimbulkan harapan palsu.

Pada 27 April lalu, dua hari selepas lembaga Twitter menerima tawaran tanpa dimintanya untuk membeli syarikat itu, Elon Musk telah menulis.

“Seterusnya saya akan membeli Coca-Cola untuk memasukkan semula kokeng.”

Pada 2018, dia menulis tweet bahawa terdapat ‘pembiayaan terjamin’ untuk perjanjian $72 bilion untuk mengambilalih Tesla secara peribadi, tetapi tidak meneruskan tawaran.

ElonMusk dan Tesla masing-masing membayar denda sivil $20 juta – dan Musk meletak jawatan sebagai pengerusi Tesla – untuk menyelesaikan dakwaan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) bahawa Musk menipu pelabur.

Pasukan Manchester United kini dimiliki keluarga Glazer yang berasal dari Amerika Syarikat.

Akhbar British The Daily Mirror melaporkan tahun lalu bahawa Glazer bersedia untuk menjual kelab itu tetapi hanya jika mereka ditawarkan harga melebihi 4 bilion pound ($4.84 bilion).

Manchester United adalah salah satu kelab bola sepak antara yang terbaik di dunia terutama sekali dari segi jumlah penyokong dari seluruh dunia.

Mereka telah menjadi juara England sebanyak 20 kali dan telah memenangi Piala UCL, pertandingan kelab paling berprestij sebanyak tiga kali.

Namun selepas persaraan Sir Alex Ferguson kelab gergasi yang kaya dengan sejarah kejayaan terkial-kial untuk beraksi diperingkat tertinggi.

Peminat Manchester United sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah memprotes melaungkan anti Glazers, yang membeli kelab itu pada harga 790 juta pound ($955.51 juta) pada 2005.

Ketidakpuasan hati di kalangan peminat Manchester United terhadap kekurangan cita-cita oleh Glazers untuk membawa masuk pemain terkemuka semakin menjadi-jadi selepas kelab itu tewas dalam dua perlawanan awal tanpa melawan.

Harry Maguire pasti menarik nafas lega dengan gurauan Elon Musk, jika tidak pasti ada desakan untuk dia dihantar ke Marikh.

BACA:  Manchester United Terciduk Lagi Dan Laluan Ke Champions League Makin Sukar