Haniza Membawa Semangat Abangnya Fakri Saarani Ke Sukan SEA

Nur Haniza Saarani, pemain penyerang pasukan bola sepak wanita Malaysia membawa semangat abangnya, Fakri Saarani untuk menghadapi saingan Sukan SEA Kuala Lumpur.

Skuad wanita negara bukan pasukan pilihan dalam saingan Sukan SEA kali ini malah bakal berdepan pasukan kuat diperingkat kumpulan iaitu Thailand, Vietnam dan Myanmar.

Fakri merupakan pendorong dan idola kepada Haniza untuk menjadi pemain bola sepak yang terbaik. Jelas Haniza kepada Stadium Astro :

“Abang banyak memberi sokongan. Saya tengok dia, saya mahu menjadi seperti dia. Dengan adanya idola sebagai abang sendiri, saya berasa bertuah kerana adanya sokongan daripada dia dan ahli keluarga,”

Fakri Saarani merupakan penyerang skuad Malaysia yang memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan 2011.

Selepas Sukan SEA, Fakri menyertai kelab Portugal, Atletico S.C pada 2012, sebelum kembali ke tanah air dan beraksi bersama Kelantan dari 2013 sehingga 2015.

Fakri kemudiannya berpindah ke Kedah pada 2016 dan dipinjaman ke Felda selama enam bulan pada tahun lalu.

Tahun ini Fakri kembali bersama skuad Lang Merah.

Sumber : Stadium Astro

Baca Juga

Baca Juga