Hantar Gambar Punai Kepada Akak Korea, Chelsea Pecat Pegawai Hanya Selepas 3 Minggu Bekerja

Selepas hanya bekerja selama 3 minggu, pengarah komersial Chelsea dipecat selepas menghantar mesej gatal kepada wanita lain.

Pengarah Komersial Chelsea, Damian Willoughby, berkelakuan tidak selayaknya dan mejejaskan imej kelab. Lelaki kelahiran Britain itu didapati melakukan gangguan seksual dengan menghantar mesej lucah kepada seorang wanita.

Dilaporkan oleh Daily Mail, Willoughby menghantar mesej lucah kepada salah seorang ejen kewangan bernama Catalina Kim. Bukan sekali sahaja, malah Willoughby dilaporkan telah melakukan ini beberapa kali dan membuatkan Kim ketakutan.

Atas kelakuan gatal merenyamnya itu, pihak pengurusan Chelsea segera mengambil tindakan tegas. The Blues mengeluarkan Willoughby dari kedudukan barunya dan menendangnya keluar dari kelab.

“Kelab Bola Sepak Chelsea mengesahkan bahawa ia telah menamatkan kontrak Pengarah Komersial Damian Willoughby. Dia akan dinyahaktifkan secepat mungkin,” jelas kenyataan rasmi Chelsea.

“Berdasarkan beberapa bukti yang dikemukakan, orang yang berkenaan [Willoughby] memang melakukan perbuatan tidak senonoh sejurus sebelum bekerja di kelab kami. Bagaimanapun, perbuatan itu benar-benar tidak konsisten dengan budaya syarikat.”

“Lebih-lebih lagi, kelab komited untuk mewujudkan persekitaran kerja yang mesra untuk semua pihak. Jadi, tingkah laku yang ditunjukkannya sama sekali tidak konsisten dengan persekitaran kami,” sambung kenyataan itu lagi.

The Telegraph melaporkan bahawa kes ini berpunca daripada laporan Kim kepada Tom Glick, presiden yang menjaga perniagaan di Chelsea. Wanita kelahiran Korea Selatan itu melaporkan sikap gatal dan tak senonoh Willoughby di depan mata Glick ketika mereka berdua bertemu.

Kim menunjukkan beberapa mesej lucah yang dihantar Willoughby pada tahun lalu. Kim tidak teragak-agak untuk mendedahkan semua ulah Willoughby di hadapan Glick.

“Glick ditunjukkan beberapa bukti tangkapan skrin yang menggambarkan betapa busuknya Pengarah Komersial Chelsea. Kim menunjukkan mesej ringkas ini secara langsung dan membuat Glick marah,” kata laporan Telegraph.

“Beberapa mesej yang ditunjukkan oleh Kim mengandungi soalan sama ada dia sanggup berbogel dan soalan mengenai orientasi seksual wanita itu. Selain itu, terdapat juga beberapa video lucah yang dihantar Willoughby ke telefon bimbit peribadi Kim,” tambah laporan itu. Ini termasuk aksi dia mencekik bebird dia.

Willoughby sebenarnya baru sahaja mendapat kerja di Chelsea pada 3 September. Dia secara rasmi bekerja sebagai Pengarah Komersial kelab kerana pengalamannya yang luas di EA Sports dan Manchester City.

Namun, kerosakan kelakuan Willoughby yang telah didedahkan nampaknya tidak dapat dipulihkan. Kini, Willoughby telah kehilangan pekerjaannya selepas tiga minggu bekerja.

BACA:  Sarri: £100 Juta Terlalu Murah Untuk Pemain Hebat Seperti Hazard