Hantaran Membelah Padang Saka Disusuli Jaringan Super Padu Aubameyang

Semua dunia sudah tahu bahawa, Arsenal berjaya menewaskan Liverpool dalam perebutan untuk menjulang dulang Community Shield di penentuan sepakan penalti di Stadium Wembley.

Rhian Brewster gagal menyempurnakan satu-satunya sepakan penalti dalam 10 sepakan yang dilakukan oleh Liverpool dan Arsenal apabila memilih untuk menghentam palang.

Pierre Emerick-Aubameyang telah membuka tirai jaringan perlawanan dengan penuh kacak lagi bergaya melalui satu sepakan lencong super padu dan tak boleh bawa bincang.

Gol itu berpunca daripada hantaran membelah padang Bukayo Saka yang mencari Pierre Emerick-Aubameyang yang berada di sebelah kanan padang.

Hantaran Saka tepat ke kaki Aubameyang yang membuat kawalan kemas, Neco Williams cuba mencabar Aubameyang namun tidak berdaya

Ketibaan Georginio Wijnaldum sudah terlambat untuk menutup ruang dan Aubameyang sudah melepaskan rembatan.

Maka Pierre Emerick-Aubameyang berjaya menjaringkan gol sepakan lencong padu, padat dan sendat diatas garisan kotak penalti.

Saksikanlah oleh mu wahai insan gol yang padu ini.

Bola lencongan dihadapan Aubameyang tidak dapat diselamatkan penjaga gol terbaik dunia, Alisson Becker yang meregangkan sepanjang boleh badannya namun gagal untuk menyentuh bola.

Pemain antarabangsa Jepun, Takumi Minamino menyamakan kedudukan buat Liverpool selepas rehat separuh masa pertama dan mengukuhkan keperibadian Liverpool sebagai King of comeback.

Minamino cuba menghantar bola kepada Mohamed Salah namun bola kembali semula ke kakinya, lalu dilepaskan satu sepakan penyudah yang tenang menewaskan Emi Martinez.

Kedudukan kembali seimbang buat kedua-dua pasukan dan tiada gol tambahan sehingga tamat 90 minit permainan memaksa pemenang ditentukan pada penentuan sepakan penalti.

Empat sepakan pertama berjaya disempurnakan dan Mohamed Salah menjadi penendang pertama disusuli oleh Reiss Nelson, Fabinho dan Ainsley Maitland-Niles.

Sepakan ke-5 gagal disempurnakan oleh pemain muda terbaik dunia, Rhian Brewster. Sepankannya telah menghentam palang dan deras keluar menuju ke bulan.

Kemudian Takumi Minamino, David Luiz dan Curtis Jones tidak berdepan masalah untuk menjaringkan dan menyudahkan sepakan penalti.

Gol Pierre Emerick-Aubameyang gol penentuan menjadi jaringan penutup perlawanan yang memihak kepada Arsenal dengan kedudukan 5-4.

Liverpool kempunan lagi untuk menjulang dulang Perisai Masyarakat selepas dikecewakan Manchester City musim lalu juga melalui sepakan penalti.

BACA:  Arsenal Mahu Lepaskan 10 Pemain Utama Termasuk Aubameyang