Hanya 13 Minit Diperlukan Ozil Untuk Beritahu Dunia Beliau Sudah Kembali Merumput

Pemain perancang antara yang paling berbakat dan genius di muka bumi ini, Mesut Ozil hanya memerlukan 13 minit masa di padang untuk memberitahu seluruh dunia bahawa beliau kini telah kembali merumput.

Mesut Ozil hanya sekadar memanaskan bangku simpanan dan menghitung menunggu mati agar kau jumpa yang dinanti selepas tiada lagi berada dalam perancangan Mikel Arteta.

Bekas pemain kebangsaan Jerman itu juga telah terpalit dengan situasi panas apabila menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada penindasan yang terjadi diseluruh dunia.

Kelantangan Ozil itu dikatakan antara punca beliau disisihkan malah kontrak penajaan mewah daripada jenama terkenal juga tidak disambung kerana penaja dikatakan tidak berpuas hati dengan beberapa isu berkaitan imej dan disiplin Ozil.

Akhirnya peluang untuk Ozil kembali merumput tiba apabila kelab dari Turki Fenerbahche datang membawa sinar harapan menawarkan kontrak kepada Ozil untuk meninggalkan Arsenal yang lemah dan lembik.

Fenerbahche yang merupakan kelab sokongan Ozil sejak kecil telah menawarkan kontrak selama tiga tahun setengah dan Ozil ternyata tidak sabar untuk kembali beraksi.

Selepas hampir setahun atau lebih tepatnya 322 hari, Ozil buat pertama kalinya tampil untuk beraksi dan menghiburkan dunia dengan bakatnya.

Dalam perlawanan Fenerbahche menentang Hatayspor Ozil melakukan debut dengan masuk selaku pemain gantian pada minit ke-77 menggantikan Mame Baba Thiam.

Iringan doa ke hadrat Ilahi seperti biasa dilakukan Ozil sebelum masuk ke padang dan Ozil tidak perlu menunggu lama untuk memberikan impak.

Ketika Ozil masuk Fenerbahche mendahului Hatayspor 1-0 hasil jaringan Mame Baba Thiam di separuh masa pertama.

Ozil telah merencanakan dengan penuh bersahaja gol kedua Fenerbahche dalam perlawanana ini dengan satu lorongan kepada Ferdi Kadioglu.

Ferdi Kadioglu telah melakukan hantaran silang yang telah menyebabkan pertahanan Hatayspor, Jean-Claude Billong tertampan bola ke gawang sendiri.

Aaron Salem Boupendza menjaringkan gol saguhati Hatayspor pada penghujung perlawanan dan gagal untuk menambah lagi jaringan lalu tewas 2-1.

Hanya 13 minit sahaja untuk Ozil umumkan kepada dunia beliau sudah kembali.

BACA:  Arsene Wenger Percaya Mesut Ozil Mahu Kekal di Arsenal