Hanya dua pemain Manchester United yang akan selamat di bawah kendalian Erik Ten Hag dan akan bersama pengurus baru itu untuk membangunkan semula kelab.
Hal itu telah didedahkan sendiri oleh bekas pemain Premier League, Tomasz Kuszcak yang percaya kedua-dua pemain itu sememangnya berada di kedudukan selamat di bawah kendalian Erik Ten Hag.
Ten Hag akan masuk menggantikan Ralf Rangnick pada penghujung musim ini dengan beliau dijangka akan membuat rombakan besar-besaran sebaik tiba di Old Trafford nanti.
David de Gea and Dean Henderson could be safe from the axe this summer. 👀 #mufc https://t.co/SjTkXSmLUB
— Man United News (@ManUtdMEN) April 29, 2022
Tugas Ten Hag untuk menyingkirkan pemain sepertinya akan jadi lebih mudah memandangkan pemain seperti Nemanja Matic, Jesse Lingard, Edinson Cavani, Juan Mata dan Paul Pogba akan meninggalkan kelab pada musim panas ini.
Walau bagaimanapun, pengurus berusia 52 tahun itu perlu memperhalusi skuad sedia ada terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk membawa masuk pemain baru.
Menurut Kuszcak yang pernah beraksi bersama Manchester United dari tahun 2006 hingga 2012, beliau percaya setiap posisi dalam skuad United kecuali penjaga gol sememangnya sangat bermasalah dan perlu diperbaiki.
Kerana itu jugalah beliau merasakan yang hanya David De Gea dan Dean Henderson sahaja yang boleh dianggap berada di kedudukan selamat pada ketika ini.
Beliau yakin yang Ten Hag tidak mungkin akan mengetepikan kedua-dua pemain itu dengan mereka akan tetap menjadi pemain yang akan bersama pengurus dari Belanda itu untuk membangunkan kelab.
EXCLUSIVE: Former Man Utd goalkeeper @TomKuszczak has urged the club to follow Sir Alex Ferguson's example as they aim to keep David de Gea and Dean Henderson happy
https://t.co/pGJ883DQ4Q pic.twitter.com/Vxu2ORYc24— Mirror Football (@MirrorFootball) April 28, 2022
“Jelas sekali, saya jangkakan banyak perubahan akan berlaku.”
Jelas Kuszcak kepada Daily Mail.
“Saya mahu melihat skuad kesayangan saya bermain di tahap yang betul dan tidak bolos sembilan gol lagi bertemu Liverpool dalam satu musim atau dari dua perlawanan.”
“Ia sangat mengejutkan dan setiap posisi selain penjaga gol perlu dipertikaikan. David dan Dean sangat kuat. Mereka akan menjadi dua pemain yang sememangnya berada di kedudukan selamat.”
Kuszcak bahkan turut percaya yang Cristiano Ronaldo turut tidak berada di zon selamat dan berpotensi untuk disingkirkan dari skuad utama walau beliau merupakan penjaring terbanyak kelab musim ini.
“Yang lain, di setiap posisi kamu lihat semuanya perlu dipertikaikan. Cristiano Ronaldo sudah lakukan yang terbaik tapi dia sudah berusia dan dia tak boleh diberi tanggungjawab yang begitu besar di usia 37 tahun.”
Tambahnya lagi.
“Tapi sejujurnya secara keseluruhan setiap posisi sebenarnya perlukan perubahan.”
Why Erik Ten Hag doesn't need to look in the market for a new goalkeeper. pic.twitter.com/7fxFHf8buy
— Hassan (@__hassan_i) April 26, 2022
Berita menarik untuk kem Manchester United selepas director of football negotiations mereka telah meletakkan jawatan dan ia satu hal yang akan memberi kelegaan kepada Erik Ten Hag.
Sporting director of football negotiations United letak jawatan
Perancangan Manchester United untuk menghadapi jendela perpindahan musim panas ini sepertinya bakal berubah dengan lebih drastik lagi.
Pihak kelab telah mengesahkan yang director of football negotiations, Matt Judge secara rasminya telah berhenti dan meninggalkan jawatan beliau di Old Trafford.
United dijangka akan melalui musim panas yang sibuk dengan Erik Ten Hag bakal tiba di Old Trafford sebagai pengurus tetap kelab yang baru.
Matt Judge leaving @ManUtd. Following on from Ed Woodward and others, it does feel like Richard Arnold is determined the club will be different. However, the ownership must be of the same mind if meaningful change is to be implemented.
— Simon Stone (@sistoney67) April 29, 2022
Jelas sekali beliau akan membawa masuk beberapa pemain baru pada musim panas nanti sebagai penambah kekuatan dalam skuadnya bagi menghadapi musim baru nanti.
Tidak ketinggalan juga dengan pemain yang akan pergi meninggalkan kelab pada musim panas ini dengan beberapa pemain bintang sepertinya sudah hampir pasti akan meninggalkan Old Trafford pada penghujung musim ini.
Ten Hag sepertinya akan dapat bantuan dari Ralf Rangnick yang akan bertugas sebagai penasihat kelab, walaupun beliau baru sahaja menerima jawatan sebagai pengurus skuad kebangsaan Austria.
Polisi rekrutmen kelab telah dihentam teruk oleh kedua-dua Ten Hag dan Ralf Rangnick dan sepertinya keadaan di belakang tabir sudah mula menunjukkan perubahan.
Dua individu yang terlibat dengan tugas scouts telah meninggalkan kelab secara rasmi baru-baru ini dan jelas sekali ia satu hal yang positif.
Terbaru, Judge pula dijangka akan menyertai mereka dengan The Athletic mengesahkan bahawa individu yang bertanggungjawab menguruskan rundingan perpindahan dan mengendalikan kontrak pemain itu sudah sah akan meninggalkan kelab.
BREAKING: Manchester United’s chief transfer negotiator Matt Judge resigns from role at Old Trafford. https://t.co/DAWTZyEqJJ
— Metro (@MetroUK) April 29, 2022
Director of football negotiations kelab itu telah mula menggalas tugas tersebut sejak 2014 lagi dan baru-baru ini beliau dikatakan bekerjasama dengan Ed Woodward sebelum meninggalkan kelab pada tahun lalu.
Judge masih akan ada bersama kelab menunggu hari-hari akhirnya, namun beliau tidak akan terlibat sama sekali dengan apa-apa strategi atau perancangan pada jendela perpindahan akan datang.
Beliau dikatakan mahu mempertimbangkan soal masa depannya bersama kelab selepas ada rombakan berkait struktur di belakang tabir yang berlaku di Old Trafford.
Pihak kelab terpaksa melakukan perubahan itu dalam usaha mereka untuk beri saingan kepada seteru utama mereka, Manchester City dan Liverpool.
John Murtough yang menjadi director of football pertama kelab kini akan bertanggungjawab sepenuhnya berkait polisi perpindahan bersama pegawai teknikal, Darren Fletcher.
"IT'S ABSOLUTELY INCREDIBLE MARK!" 🤩
Matt Judge, who led transfer and contract negotiations, has left #mufc. @markgoldbridge hopes this is the start of a revolution at the club. Do you agree? 👇
Join ➡️ https://t.co/Y8pi0zf22G pic.twitter.com/cfFLqAvPZ9
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) April 29, 2022
Ada cakap-cakap belakang sebelum ini yang mendedahkan bahawa pihak kelab pada ketika ini sedang memantau perkembangan Paul Mitchell yang kini sedang bertugas sebagai director of football di Monaco untuk di bawa ke Old Trafford.
Bekas director of football RB Leipzig itu dikatakan pernah bekerjasama dengan Ralf Rangnick dan jelas sekali pengurus dari Jerman itulah individu yang sangat mahukan beliau ke Old Trafford.
Pihak kelab sudah terlalu kerap dihentam dek kerana cara mereka scouting dan merekrut pemain dengan ada dakwaan yang menyatakan mereka mengejar pemain ada nama berbanding pemain yang betul-betul mereka mahukan.
Perubahan struktur di Old Trafford ini jelas sekali satu hal yang sangat positif dan para peminat sendiri akan sangat gembira dengan hal ini.
Memandangkan Woodward juga bakal meninggalkan kelab, maka jelas lah mereka akan sangat gembira dan akan lebih yakin dengan kelab.
Walau bagaimanapun, Judge juga sebenarnya terlibat dengan rundingan untuk mendapatkan Ten Hag sebagai pengurus terbaru kelab.
🚨 EXCLUSIVE: Matt Judge has resigned as Man Utd head of corporate development. Judge led transfer + contract negotiations. Serving notice period & not expected to play active role in summer window. Amicable but another major change at #MUFC @TheAthleticUK https://t.co/OPZsDTbUzK
— David Ornstein (@David_Ornstein) April 29, 2022
Jadi setidak-tidaknya beliau ada lakukan hal yang positif sebelum akhirnya memutuskan untuk meninggalkan terus jawatannya di Old Trafford.
Hanya masa yang akan jadi penentu dengan United sudah pasti akan melalui jendela perpindahan musim panas yang sangat sibuk selepas ini.
Pemain seperti Jesse Lingard, Paul Pogba, Edinson Cavani dan Juan Mata sudah pasti akan meninggalkan kelab dan mereka perlu mendapatkan pemain pengganti.
Sumber: SPORTbible