Hanya Dua Pemain Sahaja Yang Layak Untuk Terus Menyarung Jersi Man Utd Pada Ketika Ini

Graeme Souness tampil menghentam para pemain Manchester United dengan beliau menganggap hanya dua pemain sahaja dari mereka yang layak untuk menyarung jersi setan merah itu pada ketika ini.

Para penyokong Man Utd sendiri turut bersependapat dengan Graeme Souness dan percaya sememangnya dua pemain itu sahaja yang benar-benar ada jiwa untuk beraksi bersama setan merah.

Manchester United pada ketika ini jelas sekali berada dalam keadaan yang sangat huru-hara dengan mereka awal pagi tadi baru sahaja diaibkan 4-0 oleh Brighton.

Ia jelas sekali satu kekalahan yang sangat memalukan dan sukar untuk diterima oleh para penyokong Manchester United sendiri.

Tidak dinafikan juga yang skuad kendalian Graham Potter itu sememangnya telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam perlawanan tersebut.

Namun harus diakui yang para pemain Man Utd jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka dengan mereka konsisten pamer aksi hambar sepanjang musim ini.

Perubahan besar jelas sekali sangat diperlukan dan ia wajib dilakukan andai United tidak mahu terus menjadi lauk kenduri pasukan dalam saingan Premier League.

Memandangkan United pada musim hadapan akan memiliki pengurus baharu, dan ditambah pula beberapa pemain akan pergi meninggalkan kelab, maka jelas sekali mereka perlu lakukan rombakan.

Terbaru, Graeme Souness tampil menghentam para pemain Manchester United dengan beliau turut mendakwa hanya dua orang sahaja dari mereka yang layak menyarung jersi setan merah.

Beliau menegaskan yang kedua-dua pemain itu telah menunjukkan yang mereka benar-benar mampu serta bersemangat mahu membantu kelab.

“Kamu akan selalu fikir yang kamu bakal dapat ketelusan dari setiap pemain.”

Jelas legenda Liverpool itu kepada Sky Sports.

“Kamu suka berfikir yang para pemain sedang bermain untuk masa depan mereka bersama kelab kerana terdapat begitu banyak persoalan terhadap sebilangan besar dari mereka.”

“Sebilangan besar dari mereka tak beraksi dengan baik, kita tahu mereka boleh lakukan lebih baik lagi, tapi kita hanya mampu bercakap dan mereka perlu pergi ke padang dan lakukan sesuatu.”

“Hampir sempurna, Cristiano Ronaldo masuk sumbangkan gol dan penjaga gol, David De Gea mungkin selain dari itu, kamu sukar untuk cari sesiapa yang kamu boleh anggap mereka layak bermain untuk Man Utd.”

Cristiano Ronaldo sementara itu hanya mampu ketawa sahaja ketika melihat skuadnya terus dibelasah oleh Brighton dalam perlawanan bertemu Brighton semalam.

Cristiano Ronaldo hanya mampu ketawa melihat Brighton ‘tibai’ Man Utd

Cristiano Ronaldo dah tak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya ketawa sahaja melihat mudahnya Brighton meledak gol ketika beraksi bertemu setan merah malam semalam.

Ketika Brighton memperoleh gol keempat mereka dalam perlawanan ini, Cristiano Ronaldo hanya mampu berdiri di tengah padang sambil ketawa melihat keadaan sekeliling.

The Seagulls berjaya membelasah Manchester United 4-0 dan kekalahan itu menyebabkan skuad setan merah sudah pasti tidak akan mampu mengakhiri saingan musim ini dikelompok empat teratas.

Moises Caicedo membuka tirai jaringan untuk skuad kendalian Graham Potter itu pada aksi babak pertama permainan sebelum mereka peroleh tiga lagi gol pada aksi babak kedua.

Marc Cucurella, Pascal Gros dan Leandro Trossard meledak gol untuk Brighton pada aksi babak kedua dan selepas pasukan tuan rumah peroleh gol keempat mereka, Ronaldo dilihat hanya mampu ketawa sahaja di tengah padang.

Pemenang lima kali anugerah Ballon D’or itu ketawa dan seolah-olah tak percaya dengan keadaan pada ketika itu.

Beliau dilihat bingung memikirkan mengapa Man Utd boleh bolos empat gol dan gagal untuk menjaringkan sebarang gol bertemu kelab bawahan seperti Brighton.

Ronaldo kembali ke Old Trafford pada musim panas lalu dan beliau merupakan penjaring terbanyak Manchester United sepanjang musim ini.

Beliau setakat ini sudah berjaya menjaringkan 24 gol dari semua pertandingan dan jelas sekali beliau merupakan watak penting untuk skuad setan merah itu.

Melihat beliau ketawa, pelbagai andaian telah dibuat oleh para peminat dan rata-rata dari mereka percaya itu tanda beliau sudah penat dengan keadaan kelab.

“Manchester United berada di tahap yang sangat teruk, bahkan pemain terbaik mereka sendiri ketawakan mereka.”

“Bayangkan betapa teruknya Manchester United, dengan Ronaldo sendiri tak mampu buat apa-apa melainkan hanya ketawa. Pasukan pelawak.”

“Dia tak biasa ketawa seperti itu, ia jelas menunjukkan yang dia sendiri tak tahu apa berlaku pada Man Utd.”

“Ketika melihat Ronaldo sendiri boleh ketawa seperti itu, ia jelas menunjukkan yang Man Utd pada ketika ini sedang benar-benar berada di era kejatuhan mereka.”

“Adakah ketawa itu bakal jadi tanda perpisahan dia dengan kelab hujung musim ini? Kita dah tentu tak akan beraksi di pentas Champions League, jadi adakah Ronaldo sanggup kekal?”

Manchester United sepanjang musim ini sudah merekodkan 11 kekalahan dalam saingan Premier League dan kutipan mata yang berjaya mereka kutip juga antara yang paling rendah dalam sejarah kelab.

Bahkan andai mereka berjaya menewaskan Crystal Palace pada perlawanan terakhir mereka dua minggu lalu, ia masih tak cukup untuk perbaiki rekod tersebut.

Erik Ten Hag bakal mengambil alih kelab pada musim panas ini dan beliau jelas sekali bakal berdepan tugasan berat untuk mengubah keadaan di Old Trafford.

Melihat kepada keadaan Man Utd pada ketika ini, jelas sekali tak mudah untuk Ten Hag memperbaiki keadaan, apa lagi mahu membawa United menjuarai sesuatu.

Pengurus interim kelab, Ralf Rangnick turut mengakui yang aksi anak-anak buahnya dalam perlawanan tersebut tersangatlah teruk.

Ketika ditanya adakah ia persembahan yang buruk dari kem United, beliau menjawab:

“Ya, ia sangat teruk. Dari minit pertama hingga minit terakhir semuanya tak cukup di semua tempat.”

“Kami terlalu teruk. Saya hanya mampu meminta maaf kepada penyokong kita. Ia merupakan persembahan yang sangat teruk dan kekalahan yang memalukan.”

Beberapa pemain akan tamat kontrak pada penghujung musim ini seperti Juan Mata, Edinson Cavani, Jesse Lingard dan Paul Pogba.

Nemanja Matic juga turut sudah mengesahkan yang beliau akan meninggalkan kelab pada penghujung musim ini.

Kekalahan itu secara tak langsung telah menguburkan harapan Man Utd untuk merebut slot ke saingan Champions League.

Mereka kini berkemungkinan hanya akan mampu beraksi di pentas saingan Europa League sahaja dan turut berpotensi untuk beraksi di pentas UEFA Europa Conference League.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kerana Bengang, Penyokong United Ini Nekad Bakar Jersi 'CR7'