Hanya Dua Perkataan Ranieri Ucapkan Ketika Leicester City Mahu Beliau Kembali

Juara Premier League 2015/16, Leicester City telah memecat jurulatihnya, Craig Shakespeare, empat bulan selepas menggantikan Claudio Ranieri dan kini bekas pengurus Southampton, Claude Puel telah dilantik menggantikan Shakespeare.

Shakespeare dipecat selepas prestasi suram The Foxes di mana mereka terperosok ke tangga tiga terbawah selepas sekadar mengumpul enam mata daripada lapan perlawanan. Selepas dipecat Shakespeare dikatakan mahu lebih fokus untuk meneruskan karya puisi dan mungkin akan menulis semula Sonnet 18.

Antara pengganti yang disebut-sebut bakal mengisi kerusi pengurus di Leicester ialah Sean Dyche, Sam Allardyce, Roberto Mancini dan juga Martin O’Neill.

Bekas pengurus yang membawa The Foxes menjulang Premier League, Claudio Ranier juga telah ditawarkan kembali jawatan tersebut selepas dipecat oleh Leicester tidak sampai setahun selepas mencipta sejarah.

Shakespeare akan menulis semula Sonnet 18 dan diedarkan oleh penerbit Indie.

Jurulatih yang membawa Leicester City menjuarai Liga Perdana Inggeris buat pertama kali dalam sejarah mereka, Claudio Ranieri telah dipecat selepas tewas kepada 2-1 kepada Sevilla dalam perlawanan pusingan 16 pasukan Liga Juara-juara UEFA. Pemecatan ini berlaku hanya 298 hari selepas The Foxes menjulang liga.

Sebenarnya kejatuhan Leicester City telah tercetus sebelum liga bermula lagi. Sebelum perlawanan Piala Sumbangsih menentang Manchester United pada bulan Ogos, Ranieri kelihatan tidak gembira dengan tindakan pemilik kelab yang menghadiahkan kereta Mercedes kepada setiap pemain.

Baginya, tindakan ini seolah-olah meletakkan pemain dalam keadaan masih terbuai-buai dengan kejayaan musim lalu, dan bukan fokus untuk permulaan musim baharu.

Ketika pra musim di Amerika Syarikat, Leicester City telah dibelasah Paris Saint Germain 4-0, namun para pemain telah memilih untuk menikmati gaya hidup selebriti berbanding memperbaiki kesilapan untuk musim baru, dan ini telah merisaukan Ranieri.

Ranieri membeli Veron dan Joe Cole ketika bersama Chelsea | Gambar : Life After Football

Sebagai seorang lelaki yang penuh bermaruah Claudio Ranieri telah menolak tawaran yang dibuat bekas kelabnya itu hanya dengan dua perkataan.

“No, thanks!”

Kalau diterjemah dalam Bahasa menjadi lebih dari 2 patah perkataan.

“Tidak, Terima Kasih! sayang ku ucap padamu, kerana menyambut tanganku yang hampir layu.”

Ketika ditanya siapa bakal muncul juara Premier League musim ini, pengurus berusia 66 tahun itu menjawab :

“Aku rasa la kan, City akan jadi juara tapi Manchester United tidak akan beri laluan mudah dan akan mendesak hingga ke penghabisan.

“Jangan dilupa juga kepada Tottenham Hotspurs dan aku tidak fikir Conte di Chelsea akan senang-senang biarkan City menang.” Ujar Ranieri lagi.

Panjang je jawab orang tua ni bila tukar topik.

Kerana Burger Ayam, Ranieri Dibenci Pemain Leicester

Kalau dua musim lalu, Claudio Ranieri bagaikan bapa dan mentor kepada semua pemain Leicester City, dan mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Selepas kejayaan merangkul Liga Perdana Inggeris buat pertama kali, mungkin Ranieri merasakan bahawa pasukan ini memerlukan sedikit perubahan dan pemain bakal mengikut dan mendengar katanya.

Sangkaannya meleset sama sekali.

Bagi Ranieri, memenangi liga adalah sukar. Mengekalkan kejuaraan liga adalah lebih sukar. Jadi, dia mengambil beberapa langkah yang difikirkannya progressif demi kebaikan pasukan.

Ranieri dan Leicester – sewaktu cinta masih utuh.

Salah satu daripadanya ialah menukar menu selepas perlawanan. Kebiasaannya selepas perlawanan, pemain Leicester akan dihidang dengan burger ayam  dan wedges kentang di kafe pasukan, namun Ranieri bertindak menukarkan menu kepada kentang manis dan pasta.

Menurut bek kanan Leicester, Danny Simpson, tindakan tersebut mengundang kemarahan pemain yang bersikap primadona dan diva. Bagi mereka, Ranieri tiada hak untuk menukar menu, dan menentukan apa yang pemain patut makan atau tidak.

Bermula dari situ, para pemain mula menjadikan Ranieri sebagai musuh, dan jika dilihat prestasi mereka di atas padang, kesungguhan mereka cukup berbeza pada musim ini berbanding sepanjang musim lalu. Seperti yang diketahui, Ranieri akhirnya dipecat ketika juara bertahan tersebut berada di tangga ke-17.

Kerana sebiji roti yang dibelah dan diletakkan daging ayam, salad dan keju di tengah-tengah, Ranieri menjadi musuh pemain Leicester.

Simpson walaubagaimanapun mengakui dia sedih setelah mendapat khabar Ranieri dipecat, tambahan pula para pemain dicaci dimaki dan dihina oleh para penyokong, sekaligus membuatkan mereka merasakan bagai menghitung menunggu mati.

“Gila bai, memang gila,” ujar Simpson kepada The Independent.

“Kami dimaki dari segenap sudut, malah daripada penyokong kami sendiri. Kami juga digelar ular,” katanya lagi.

Kalau di England, gelaran ular diberikan kepada mereka yang menikam dari belakang.

“Sedih sangat tengok Claudio dipecat dan kami dimaki kerana pemecatan itu, lalu hati kami panas. Kami rasa ini tidak adil!” tambah Simpson, meniru watak Abdul Wahub dalam cerita Tiga Abdul.

“Kami hargai apa yang Claudio lakukan, dia adalah lelaki teragung, dan dia adalah seorang yang sangat berpengaruh.

“Pada masa itu, pemecatan Claudio dilihat sebagai satu kehilangan dalam bola sepak,” Simpson akhiri temubual kerana tidak mampu menahan air mata yang semakin deras mengalir.

Kerana burger dan sikap pemain Ranieri dipecat mana mungkin Ranieri akan kembali ke Leicester dengan barisan pemain yang hampir sama.

Baca juga : Shakespeare temui semula kunci kejayaan Leicester musim lalu.

Baca Juga

Baca Juga