Pagi yang suram untuk pasukan Liverpool selepas tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara Eropah musim 2019/20.
The Reds turun menentang Atletico Madrid di Anfield awal pagi tadi untuk perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.
Perlawanan pertama untuk pusingan 16 ini dimenangi oleh Atletico dengan keputusan 1-0. Para pemain Liverpool bertekad untuk melakukan comeback bagi aksi perlawanan kedua di Anfield tetapi sayang hasrat mereka tidak kesampaian.
All three Atlético Madrid goals were scored by former Real Madrid players. https://t.co/9yVVvRD28v
— Squawka Football (@Squawka) March 11, 2020
Liverpool bermain dengan sungguh mantap dalam 90 minit perlawanan dan berjaya menjaringkan satu gol menerusi Wijnaldum. Beberapa percubaan berbahaya yang dilakukan oleh Liverpool berjaya diselamatkan oleh Oblak.
Perlawanan berlanjutan hingga ke masa tambahan dan Firmino berjaya menjaringkan gol kedua buat pasukan Liverpool untuk selesa mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0.
Namun diwaktu para penyokong sedang bergembira membayangkan pasukan mereka bakal layak ke peringkat suku akhir, roh Karius telah merasuk tubuh Adrian sehingga Liverpool dibolosi tiga gol pada masa tambahan.
"We will not blame him for a second… stay respectful."
Klopp on Adrian. pic.twitter.com/St2z8HOUsd
— This Is Anfield (@thisisanfield) March 12, 2020
Keputusan penuh perlawanan Liverpool tewas 3-2. Atletico layak ke peringkat suku akhir dengan keputusan agreget 4-2. Berpeluh juga mereka nak tewaskan pasukan terhebat dunia.
Liverpool pada awalnya berhasrat untuk memenangi Liga Perdana dengan tidak terkalahkan, namun semuanya berakhir apabila mereka tewas buat pertama kali dalam saingan Liga menentang Watford.
Kecewa kerana tidak berjaya menjulang Piala Emas Liga Perdana, Liverpool bertekad untuk mencipta treble dengan memenangi Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala FA.
Chelsea muncul penghalang apabila dengan mudah mereka menyingkirkan pasukan Liverpool dari saingan Piala FA.
Since this #mufc fan sent a letter to Klopp to lose games, Liverpool have:
Nearly lost to West Ham 😳
Lost to Atletico ✅
Lost to Watford ✅
Lost to Chelsea ✅😂😂😂😂😂😂😂#MUFC pic.twitter.com/g1yYtUs6JQ
— United Zone (@ManUnitedZone_) March 3, 2020
Derita peminat Liverpool berterusan apabila mereka terlepas satu lagi piala hari ini kerana tersingkir dari Liga Juara-Juara.
Persoalannya sekarang perlu ke peminat Liverpool nak kecewa dan berduka untuk semua kekalahan itu?
Gagal untuk mendapatkan Piala emas, gagal untuk memenangi treble bukan penghalang untuk peminat Liverpool terus berbangga dengan pasukan terhebat dunia ini.
Since the Man Utd boy sent that letter to Klopp:
Atletico Madrid 1-0 Liverpool
Watford 3-0 Liverpool
Chelsea 2-0 LiverpoolHe’s cursed them. 😂😂 pic.twitter.com/jFJBwXvVJe
— Footy Humour (@FootyHumour) March 4, 2020
Kepada fans Liverpool yang meratapi kegagalan dapat trofi emas dan kejayaan treble tu sebenarnya mereka terlalu kritikal dengan pasukan sendiri.
Peminat the reds mungkin lupa atau tidak sedar sama sekali bahawa Liverpool adalah satu-satunya pasukan dari England yang menyimpan Piala Liga Juara-Juara sebenar.
Piala Liga Juara-Juara yang ada dalam kabinet Liverpool itu adalah Piala yang tulen, bukanlah replika atau copy original.
Man when you argue have facts at least 😂😂😂😂.
Before 2009 when you won the UCL three times in a row or won it 5 times you were rewarded with THE REAL UCL TROPHY! Otherwise you got the replica.
Madrid
Milan
Liverpool
Bayern München
AjaxOnly teams with the ORIGINAL TROPHY.
— Lionel Sheja (@lion_l17) March 2, 2020
Kebiasaanya Piala yang dimenangi harus dipulangkan semula kepada UEFA dan akan digantikan dengan piala replika.
Namun pada tahun 2005, pihak UEFA terpaksa membuat piala baru untuk musim berikutnya kerana piala yang asli akan diserahkan terus kepada pasukan Liverpool.
Liverpool layak untuk menyimpan piala yang tulen kerana mereka ketika itu telah berjaya memenangi gelaran Liga Juara-Juara yang kelima untuk mereka serta layak menerima Badge of Honor.
Selain Liverpool, hanya ada lima sahaja pasukan lain yang menyimpan piala tulen Liga Juara-Juara seperti:
Real Madrid(kerana menjuarai 3 kali berturut-turut)
Ajax ( kerana menjuarai 3 kali berturut-turut)
Bayern (kerana menjuarai 3 kali berturut-turut)
AC Milan (Muncul Juara 5 kali)
Liverpool (Muncul Juara 5 kali)
Barcelona(Muncul Juara 5 kali)
Jadi andai peminat berkunjung ke Anfield dan buat lawatan ke galeri Liverpool, para peminat sebenarnya boleh bergambar dengan real trophy UCL. Hanya satu di England buat masa ni.
Di bandar Manchester, hanya Man United sahaja ada menyimpan piala Liga Juara-Juara. Manakala di London pula, hanya Chelsea saja yang menyimpan piala Liga Juara-Juara. Arsenal dengan Spurs masih mencari piala Liga Juara-Juara pertama mereka.
Tetapi apa beza Piala Liga Juara-Juara mereka dengan Liverpool? Ya yang dalam simpanan Liverpool tu Piala Original.
Ok peminat Liverpool boleh teruskan hidup macam biasa. Siap sedia nak raikan kejayaan menjuarai Liga Perdana buat pertama kali selepas 30 tahun menanti.