Hanya Seorang Pemain PSG Tidak Sertai Pemain Lain Mengajuk Haaland

PSG berjaya menewaskan Borussia Dortmund dalam perlawanan kedua pusingan 16 awal pagi semalam seterusnya mengesahkan tempat untuk pasukan mereka ke pusingan suku akhir.

Neymar berjaya mencatat nama sebagai penjaring untuk pasukan PSG semalam setelah menjaringkan gol dengan satu sundulan terbang yang sangat mengagumkan.

Gol itu terhasil melalui sepakan penjuru Angel Di Maria yang sedap disundul oleh Neymar.

Neymar jelas berpuas hati selepas berjaya menjaringkan gol yang sangat cantik dan beliau telah meraikan jaringan itu bersama barisan pemain simpanan PSG.

Tetapi selepas habis meraikan jaringan bersama pemain lain, Neymar terus bersila dan mengambil keputusan untuk meniru gaya Erling haaland meraikan gol.

Lihat rakaman ini.

Perbuatan itu diulangi oleh Mbappe dan rakan rakannya di dalam bilik persalinan.

Neymar dan rakan-rakannya mengajuk keraian pemain remaja berusia 19 tahun, Erling Haaland yang duduk seperti bersila seperti seorang sedang bermeditasi.

Haaland memang dikenali dengan keraian tersebut. Beliau meraikan dua gol jaringannya sebelum ini di dalam aksi perlawanan pertama pusingan 16 dengan gaya yoga tersebut ketika mewaskan PSG di Signal Iduna Park.

Selepas tamat perlawanan kesemua pemain PSG berkumpul di dalam padang dan kemudian mengajuk gaya Erling Haaland.

Sementara semua pemain PSG bergembira mengejek gaya keraian Erling Haaland pada hari kejadian, penyerang sensasi PSG, Edinson Cavani tidak sama sekali menyertai mereka.

Menurut Ovacion, bekas penyerang Napoli itu mempersoalkan keputusan Neymar untuk merayakannya jaringan dengan cara itu dan beliau juga enggan untuk turut sama mengajuk Haaland seperti yang dilakukan pemain lain ketika didalam bilik persalinan.

Boleh lihat di dalam kedua-dua video itu jelas Cavani tidak setuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Neymar dan pemain PSG yang lain.

Gary Lineker turut menganggap tindakan pemain PSG itu sebagai tak ada class, menjadi emosi hanya kerana seorang remaja berusia 19 tahun.

Ianya gara gara komen Haaland yang menyatakan bahawa ‘Paris adalah kota milik saya’ dalam kiriman Haaland menerusi Snapchat.

Neymar kemudian memberikan respon selepas tamat perlawanan semalam dengan berkata: ‘Kota kamu di Norway bro, pergi balik. Ini kota saya, bukan kamu’.”

Namun sebenarnya post snapchat Haaland yang tular teruk sampai ke pengetahuan bintang dunia di PSG itu adalah FAKE.

Post itu dibuat oleh peminat dan bukannya Haaland. Jadi, secara tidak langsungnya, para pemain PSG baru sahaja kepanasan dan mengajuk Haaland kerana kiriman fake yang disunting oleh orang lain.

Perkara itu disahkan oleh Daily Mail. Haaland tidak pernah memuat naik status ini di Snapchat beliau.

Yang menjadi mangsa adalah Haaland yang terang terang kena tembak dengan Neymar menerusi laman Instagram miliknya.

Malah, Givemesport mengesahkan Erling Haaland sebenarnya tak ada Snapchat.

Keraian ‘Zen’ Haaland telah menjadi hit dan bekas pemain Red Bull Salzburg itu baru-baru ini menjelaskan mengapa dia meraikan golnya dengan cara sedemikian.

“Saya benar-benar menikmati meditasi,”

“Ia membuatkan saya tenang dan memberi saya ketenangan. Itulah sebabnya saya kadang-kadang meraikannya apabila saya menjaringkan gol.”

Kata Haaland kepada Esporte Interativo dalam temu bual baru-baru ini.

BACA:  Messi Akui Haaland Selayaknya Menangi Ballon d'Or Selepas Raih Treble