Pemain pertahanan Liverpool, Dejan Lovren berharap pasukannya akan melalui kempen Liga Perdana Inggeris musim ini tanpa mengalami sebarang kekalahan, sekaligus mengulangi pencapaian skuad ‘Invincible’ Arsenal musim 2003/2004.
Kenyataan ini dikeluarkan ketika perlawanan liga baru melepasi angka 17 perlawanan dan ini merupakan kisah lama yang dikorek kembali selepas kekalahan pertama Liverpool musim ini dikaki Manchester City.
Keyakinan yang dizahirkan oleh Lovren ini selepas mereka berjaya menewaskan Manchester United yang sedang pening-pening lalat ketika itu dengan jaringan 3-1 dan terus merasakan Liverpool sangat cemerlang.
Selepas melihat prestasi cemerlang Liverpool musim ini, Lovren menaruh harapan skuad yang dibimbing Jurgen Klopp itu mampu mengulangi pencapaian Arsenal lebih 14 tahun lalu dengan mengharungi seluruh musim tanpa sebarang kekalahan.
“Saya boleh kata ia merupakan keputusan yang baik untuk kami [merujuk kepada perlawanan Manchester United].”
“Saya berharap kami tidak akan ditewaskan sehingga penghujung musim ini.”
“Sudah tentu ia merupakan satu cabaran tetapi itulah perkara yang kami mahu. Sebab itulah kami menyertai Liverpool, kerana kami tahu kami mampu melakukannya.”
“Arsenal pernah melakukannya sebelum ini, jadi mengapa tidak kami ?”
Lovren juga percya Liverpool mungkin perlu melalui kempen liga musim ini tanpa sebarang kekalahan jika mereka berniat untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris memandangkan kualiti yang ada pada pesaing utama mereka iaitu Manchester City.
Untuk rekod, Arsenal muncul pasukan pertama dalam era Liga Perdana Inggeris untuk tidak mengalami sebarang kekalahan sepanjang musim. Mereka melakukannya pada musim 2003/2004 di bawah Arsene Wenger dan menamatkan musim tersebut 11 mata di hadapan Chelsea.
Bercakap benda merapu dan merepek bukan pertama kali dilakukan oleh Lovren kerana sebelum ini beliau mahu orang ramai mengiktiraf beliau sebagai pemain pertahanan terbaik dunia selepas memberi gelaran tersebut kepada diri sendiri. Gila yang bukan-bukan.
“Pentas final ini bakal menjadi detik yang istimewa buat saya. Dari sudut pandangan saya, ramai pihak mendakwa saya mengharungi musim yang sukar tetapi saya tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.”
“Saya berjaya membawa Liverpool mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah dan sekarang bersama pasukan kebangsaan, saya akan bermain dalam pentas akhir Piala Dunia.”
“Saya rasa peminat harus mula menganggap saya sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik dunia dan ini bukan perkara yang tidak masuk akal keluar dari mulut saya.”