Harga Messi Croatia: Dari 15 juta Euro Kepada Percuma

Pada 2012 anak kepada bekas pemain Croatia dan Bosnia Herzagovina (Sejad Halilovic), Alen Halilovic mengegarkan dunia bola sepak Croatia.

Selepas berjaya memulakan kerjaya bersama Dynamo Zagreb pada September 2012, dia terus menjadi pemain paling muda-16 tahun 102- membuat penampilan dalam sejarah Prva Hrvatska Nogometna Liga (HNL), liga teratas di Croatia. 

Alen Halilovic si Messi Croatia

11 hari selepas itu dia menjadi penjaring paling muda dalam sejarah. Namanya juga tercatat sebagai pemain ke-2 paling muda bermain di Liga Juara Eropah.

Tidak cukup dengan itu dia terus memecah rekod dengan menjadi pemain paling muda bermain dengan skuad kebangsaan Croatia ketika berusia 16 tahun. Sejak itu dia dipanggil Wonderkid Croatia dan Messi Croatia.

AC MILAN BERMINAT DENGAN HALILOVIC KETIKA BERUSIA 16 TAHUN

Walaupun menampilkan permainan yang agak gementar  dalam debut bersama skuad kebangsaan ketika menentang Portugal, AC Milan pantas menunjukan minat terhadap pemain ini tidak sampai seminggu selepas perlawanan tersebut.

Bagaimana pun Dynamo Zagreb menolak tawaran 15 juta euro yang ditawarkan. Dynamo percaya mereka mampu menjual Halilovic dengan harga yang lebih tinggi pada masa depan.

Ia tidak menjadi kenyataan apabila setahun selepas itu Barcelona berjaya mendapatkan pemain ini dengan harga hanya 2.2 juta euro.

Halilovic ditandatangani selama 5 tahun untuk dimasukan kedalam program pemain muda Barcelona dan bermula dengan skuad Barcelona B.

“Saya gembira dan sukar untuk mencari perkataan untuk menerangkan bagaimana perasaan saya”

“Sudah tentu Barcelona sangat istimewa dan saya menyukai kelab ini sejak dari kecil. Saya berasa bangga kerana berpeluang untuk menyertai pasukan ini”

Messi Croatia gagal menarik minat Luis Enrique. Cuma diberikan peluang bermain sekali dalam pertandingan Copa Del Ray dan itulah penampilan pertama dan terakhirnya dengan skuad Catalan. Dia lebih banyak menghabiskan karier sebagai pemain pinjaman di Sporting Gijon.

Selepas 2 musim bersama Barcelona pemain ini dijual ke Hamburg dengan harga untung 5 juta euro. Seperti di Barcelona pemain ini masih gagal menembusi skuad itu. Sekali lagi kariernya dihabiskan sebagai pemain pinjaman kali ini bersama Las Palmas.

AC MILAN BERJAYA MENDAPATKAN HALILOVIC KETIKA BERUSIA 22 TAHUN

Melihat kepada pencapaian dan bakatnya ketika berusia 16 tahun boleh dikatakan pemain ini telah gagal menepati jangkaan ramai. Gagal menyertai senarai pemain di Piala Dunia walaupun sudah berusia 22 tahun pada ketika ini. Menyertai Barcelona menjadi satu kesilapan baginya.

“Saya sangat muda ketika itu, disebabkan itu agak sukar untuk bermain degan kelab besar seperti Barcelona tetapi saya telah mendapat pengalaman yang berguna bersama Las Palmas.

Pada minggu lepas, AC Milan akhirnya berjaya mendapatkan mengikat Halilovic dari Hamburg secara percuma selepas ditamatkan kontak secara bersama. Pihak kelab masih percaya dengan kemampuan pemain ini

“Alan berpotensi besar, dia tiba di Serie A dengan penuh motivasi, bersedia untuk menjadi lebih power selepas bermain di La Liga,”

Tidak cukup dengan itu AC Milan menambah lagi keyakinannya

“Pemain kreatif dan berteknikal dengan kemampuan bermain di ruang yang ketat.”

AC Milan berjaya mendapatkan Halilovic dengan percuma selepas gagal dalam bidaan 15 juta euro pada 5 tahun lepas

Halilovic yakin pengalaman yang diraih ketika bersama Sporting Gijon dan Las Palmas mampu membantunya di AC Milan walaupun agak bergelut untuk memenuhi potensi besarnya 6 tahun lepas. Dia dan 2 rakan senegara Ivan Strinic dan pemain yang baharu dihantar pulang dari Piala Dunia akibat keengganannya bermain Nicola Kalinic bakal menjadi pemain baharu untuk skuad The Rossoneri 2018/19.

Baca Juga

Baca Juga