Hari Ini Dalam Sejarah : Zidane Musnahkan Brazil Dalam Final Piala Dunia 1998

12 Julai 2018 genap 20 tahun Zinedine Zidane memusnahkan Brazil di perlawanan akhir Piala Dunia 1998 di Paris.

Meskipun Brazil dibarisi pemain ternama dunia seperti Ronaldo, Roberto Carlos, Bebeto,Leonardo dan Claudio Tafarrel, Perancis berjaya mengawal permainan dan mengikut taktik yang diterapkan Aime Jacquet.

Baca juga : Zidane menanduk Marco Materazzi 

Misteri menyelubungi perlawanan ini apabila Ronaldo, yang dilihat sangat garang dalam perlawanan sebelumnya, gagal menyinar bahkan hanya mampu menghasilkan satu shoot on target. Beliau dikatakan terkena keracunan makanan. Malah ada yang mendakwa Ronaldo telah disantau.

Di kem Perancis, jentera tengah yang diketuai Zidane, Duggary dan Deschamps menghasilkan benteng kukuh di bahagian tengah padang. Penyerang pula, Emmanuel Petit, dengan berseorangan mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Brazil yang menggandingkan Caesar Sempaio dan Junior Baiano.

Separuh masa pertama, Perancis mendahului Brazil 2-0, hasil jaringan Zizou melalui tandukan padu ke gawang lawan, berpunca dari sepakan sudut.

Hujung babak ke 2, Petit menambah air limau ke luka Brazil dengan jaringan di minit-minit akhir perlawanan.

Kesudahannya, Perancis menghadiahkan Piala Dunia yang pertama buat rakyatnya dengan Zidane dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

Siapakah Zinedine Zidane?

Berasal dari kabilah Berber di Algeria, kedua ibu bapa Zidane telah berpindah ke Perancis untuk lari dari perang Algeria. Pada 23 Jun 1972, ibunya telah melahirkan seorang putera yang bakal menakluki dunia bola sepak.

Membesar di Marseille, Zidane menghabiskan masa seperti kanak-kanak lain bermain bola sepak jalanan sehinggalah bakatnya dikesan seawall usia 10 tahun, apabila kelab US Saint-Henri mengambilnya sebagai pemain junior. Setelah enam bulan di kelab tersebut, Zidane disunting pengarah kelab SO Septèmes-les-Vallons, dan bermain di kelab itu sehingga usianya 14 tahun.

Pergerakan kakinya yang lemah gemalai mengawal bola menarik minat kelab AS Cannes, lantas beliau terus diambil dan diserap ke kelab remaja Cannes.

Pada awal penyertaannya di Cannes, Zidane pernah dihukum mencuci asrama kerana tindakannya menyerang penyokong pihak lawan yang mencaci keturunannya ketika satu perlawanan.

Usai hukumannya selesai, jurulatihnya meminta beliau menyalurkan tenaga kemarahannya ke arah fokus terhadap perlawanan, dan hasilnya, beliau berjaya. Bersama Cannes, Zidane mendapat Ligue 1 debut menentang FC Nantes.

Pada musim 1992-93, Zidane dibeli Girondins de Bordeaux, dan membentuk jaringan tengah pasukan yang cukup mantap bersama Bixente Lizarazu dan Christoppe Duggary.

Ketiga-tiga mereka menjadi nadi utama Bordeaux dalam mencapai kejayaan tempatan dan eropah, dan mereka bertiga juga menjadi tonggak utama ketika Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 di bawah bimbingan Aime Jacquet.

Pada 1995, Kenny Dalglish, yang ketika itu baru sahaja meraikan pasukannya Blackburn Rovers menjuari EPL, berhajat mahu membawa Zidane dan Duggary ke Ewood Park, akan tetapi dinafikan pengerusi Blackburn dengan mengatakan :

“Kenapa kita perlukan Zidane sedangkan kita sudah mempunyai Tim Sherwood (bekas jurulatih Aston Villa).”

Malah pada 1996,Newcastle United yang pada ketika itu dibimbing Kevin Keegan, pernah ditawarkan midfield maestro itu namun menolaknya dengan mengatakan bahawa Zidane tidak sesuai bermain di liga England.

Kerugian besar buat kedua-dua pasukan.

Pada musim bunga 1996, Zidane menyertai Juventus dan memberi impak yang segera. Pada musim tersebut Juventus memenangi Serie A dan Intercontinental Cup. Nasibnya kurang baik apabila mereka tewas 3-1kepada Borussia Dortmund dalam perlawanan akhir Liga Kejuaraan Eropah.

Pada 1998, Zidane dianugerahkan pemain terbaik FIFA dan Ballon d’Or (pemain terbaik Eropah). Pada 2001, Zidane pernah digantung perlawanan apabila menanduk pemain Hamburger SV dalam satu perlawanan UCL.

Pada tahun tersebut juga, Real Madrid telah membelinya pada rekod dunia, iaitu kira-kira 75juta euro. Pada tahun 2002, Zidane menjaringkan gol tercantik dalam sejarah perlawanan akhir UCL sekaligus membawa pulang piala UCL ke Madrid, setelah menewaskan Bayer Leverkusen yang diketuai Michael Ballack (Ballack tidak bermain pada perlawanan akhir akibat digantung).

Pada 2006, Zidane bersara dari arena bola sepak kelab dan antarabangsa. Sejak dari itu, sentuhan kaki ghaib Zidane tidak dapat lagi ditonton oleh para pencinta bola sepak melainkan di youtube.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke kaki.

Perumpamaan itu sesuai diguna pakai bagi keluarga Zidane, apabila anak sulungnya, Enzo Zidane, mengikut jejak langkah bapanya bermain untuk Real Madrid. Pada hari ini, Zidane menjadi jurulatih kelab Castilla, pasukan muda Real Madrid, yang bermain di Segunda Division B.

Walaupun anaknya juga bermain untuk kelab tersebut, beliau tidak mendapat laluan yang mudah untuk membarisi skuad utama Castilla, dan perlu bertanding dengan pemain lain untuk memikat bapanya sendiri.

Menariknya, Enzo tidak menggunakan nama Zidane sebagai nama keluarga kerana baginya, bebannya terlalu besar untuk memikul nama seorang legenda bola sepak di bajunya. Jadi, Ezno telah beralih ke nama asal keluarga ibunya Fernandez. Kemampuan Enzo Fernandez boleh ditonton di youtube.

Zidane diangkat menjadi pengurus Real Madrid menggantikan Rafael Benetiz dan sejak itu beliau tidak menoleh lagi apabila membawa Real Madrid menjulang Champions League secara hatrik.

Selepas kejayaan kali ketiga berturut-turut, Zidane mengundur diri dari Real Madrid.

Baca Juga

Baca Juga