Harimau Malaya vs England 1991

Memandangkan liga Super yang sedang berhenti rehat, kami sajikan kembali info mengenai pasukan kebangsaan pada tahun 1991.

Pada tahun 1991, satu perlawanan persahabatan antarabangsa berlangsung di Stadium Merdeka dimana pasukan Harimau Malaya menentang pasukan England. England ketika itu antara gergasi bola sepak dunia. Kita tewas 4-2 namun kualiti dan persembahan yang diberikan oleh barisan pemain ketika itu amat-amat menakjubkan.

Dua gol hasil jaringan lagenda Matlan Marjan benar-benar meletakkan beliau antara penyerang terbaik ketika itu. Pemain dan ikon bola Sepak Perak, Azizol Abu Hanifah turut beraksi namun di keluarkan pada minit ke 66. Waktu ni ranking Malaysia bawah 100 dan harimau malaya antara pasukan gergasi di Asia.

Dua tahun selepas itu iaitu tahun 1993 Malaysia berada di ranking 75 dunia yang merupakan ranking tertinggi yang pernah kita capai.

Keputusan : Malaysia 2-4 England.
Penjaring : Matlan Marjan 52 ,76. Gary Lineker 1, 23, 30, 70

Skuad Malaysia

1.Rashid Hassan (PDRM)
2.Serbegeth Singh (Kuala Lumpur)
3.Lee Kin Hong
4.Mohammed Zaid Jamil
5.Arumugam Jayakanthan
6.Chow Siew Yai (Kuala Lumpur)
7.Ali Ahmad Yusof
8.Mohammed Nazri Nasir
9.Matlan Marjan (Sabah)
10. Zainal Abiddin Hassan (Pahang)
11. Dollah Salleh (Pahang)
Subs: Abu Haniffa Azizol for Mohammed Zaid Jamil (46 mins),
Khairul Azman Mohammed (Pahang) for Rashid Hassan (66 mins)

Skuad England

1.Christopher Woods (Glasgow Rangers)
2.Gary Charles (Nottingham Forest)
3.Stuart Pearce (Nottingham Forest)
4.David Batty (Leeds United)
5.Desmond Walker (Nottingham Forest)
6.Mark Wright (Derby County)
7.David Platt (Aston Villa)
8.Geoff Thomas (Crystal Palace)
9.Nigel Clough (Nottingham Forest)
10. Gary Lineker (Tottenham Forest)
11. John Salako (Crystal Palace)

Video Aksi Perlawanan

Baca Juga

Baca Juga