Harimau Malaysia Tidak Akan Tarik Diri – Hamidin

Isu boikot Piala AFF Suzuki semakin panas menjelang pertemuan terakhir Malaysia dengan Myanmar pada sabtu ini. Berbagai pendapat dilontarkan ada yang menyokong dan ada yang menentang demi membela nasib Etnik Rohingya di sana.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, keputusan sama ada Skuad Kebangsaan akan menarik diri daripada saingan Piala AFF Suzuki 2016 di Yangon, Myanmar hanya akan ditentukan selepas Mesyuarat Jemaah Menteri, Jumaat ini.

Sementara itu Setiausaha Agung FAM, Dato’ Hj Hamidin Hj Mohd Amin, merangkap pengurus skuad Harimau Malaysia berkata Harimau Malaysia tidak akan menarik diri dari kejohanan tersebut.

“Harimau Malaysia takkan tarik diri dari AFF Cup 2016. Kenapa bola sepak jadi mangsa? Ia boleh jejas moral pemain.”

Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Hairuddin Omar pula menyokong Harimau Malaysia tarik diri

“Saya menyokong yang mana elok, jika ia babitkan kemanusiaan dan agama melebihi sukan, saya sokong. Jika langkah (menarik diri) itu adalah yang terbaik untuk kita, kami menyokong,” katanya ketika dihubungi BH Sukan.

Sementara itu seorang peminat Harimau Malaysia pula seolah-olah mempersoalkan kenapa baru sekarang para Netizen mahu memboikot dan mengemukan pandangan yang bernas.

16-park-navitas-nak-boikot-suzuki-cup-tapi-malaysia-jalin

Baca Juga

Baca Juga