Harry Kane Bakal Sertai Manchester United?

Bintang dan juga kapten Tottenham Hotspur, Harry Kane, dikatakan bakal meninggalkan kelab London tersebut pada musim panas ini selepas kecewa pasukkanya terkandas dalam pusingan 16-pasukan di Liga Europa dan dia dikhabarkan bakal menuju ke Old Trafford.

Situasi di kem Tottenham kini dikatakan tidak menentu walaupun berjaya naik ke tangga keenam liga selepas menewaskan Aston Villa pada hari Ahad lepas, dengan masa depan pengurus, Jose Mourinho, masih menjadi tanda tanya selepas Spurs melalui musim yang agak terumbang-ambing.

Mourinho dikatakan hanya akan dikekalkan sekiranya dia berjaya membawa Tottenhan menduduki sekurang-kurangnya tangga keempat liga pada penghujung musim nanti.

Tetapi bagi kapten Kane, ini bukanlah sesuatu yang disukainya.

Harry Kane pada musim pertamanya meledak sebagai seorang pemain penyerang berbisa dengan puluhan gol telah dilabel sebagai ‘one season wonder’ dan akan menghilang dari dunia bola sepak.

Pemain penyerang England itu membuktikan sebaliknya dan terus menjaringkan puluhan gol setiap musim. Kini Kane mungkin bosan hanya menjaringkan gol dan mula membuat assist.

David Ornstein, seorang journalis sukan yang dia rasa dia tahu segala benda yang berlaku di sebalik tabir berkata dalam satu rancangan di Sky Sports, dia tahu isi hati dan gelora jiwa Harry Kane.

“Aku dah sembang dengan ramai orang dalam bola sepak ni, dan tahu bahawa dia akan tinggalkan Tottenham Hotspur.

“Tapi, dia tak boleh cakap terus terang macam tu sebab dia kapten. Dia sangat komited memandangkan dia masih di kelab tu, tapi dia nak keluar dan menang piala.

“Sebelum ni pun dia kabo yang dia nak menang banyak-banyak piala, piala terbesar dalam bola sepak, dan dia tak rasa dia boleh buat semua tu di Tottenham.

“Jadi aku rasa dia memang nak keluar.

Faktor utama yang akan menjadi penghalang Harry Kane keluar adalah tanda harga yang sangat tinggi dan dengan situasi dunia sekarang ia menjadi sukar.

“Tapi tu lah, agak mustahil juga benda ni nak berlaku sebab Daniel Levy mesti nak harga mahal kalau jual dia.

“Ada laporan yang kata bahawa nilai dia sekitar £120juta hanya untuk Levy pertimbangkan, dan dia pula masih ada kontrak sehingga 2024,” kata David panjang lebar, tapi bukan dalam satu nafas.

Bila cerita macam ni keluar, kelab yang pasti akan terpalit adalah Manchester United dan musim panas nanti mesti kita akan banyak kali jumpa berita “Kane ke United dalam 48jam.”

Nak disedapkan cerita pula, di kem Manchester United, pengurusnya Ole Gunnar Solksjaer dikatakan mahu mencari penyerang baru dan menjual wonderkid dan bekas bakal legenda kelab, Anthony Martial.

Bila disemak dalam kitab sejarah, kali terakhir United berjaya beli pemain dari Tottenham adalah Dimitar Berbatov pada tahun pada tahun 2008.

Selepas itu Levy dengan mentah-mentah menolak sebarang cubaan United untuk mendapatkan pemain mereka seperti Luka Modric, Gareth Bale dan juga Eric Dier.

Pada musim ini, Manchester United pada satu ketika dilihat mampu untuk mencabar kejuaraan dan pernah mendahului liga selama 2 minggu. Juara dua minggu.

Itulah gelaran yang diberikan kepada penyokong pasukan yang mendabik dada sehingga lebam bahawa merekalah juara Krismas yang bakal menjadi juara musim ini.

Namun langkah mereka terhenti dan kembali kepada United yang kita kenali sejak Sir Alex Ferguson bersara.

Sebagai langkah untuk mengembalikan ngauman para penyokong mereka, United perlu membeli penyerang yang terbukti mampu menjaringkan gol.

Lagipun, pemain terbaik mereka Bruno Fernandes telah meletakkan syarat bahawa kelab perlu mendapatkan pemain baru yang berkualiti pada musim panas nanti, baruah dia akan tandatangan kontrak baru.

Tapi tu lah, si Harry Kane pun satu. Nak menang piala tapi pilih Manchester United.

Orang lain kali kalau nak menang piala, pindah lah ke Real Madrid, takpun Barcelona, ataupun JDT. Paling tidak pun Manchester City lah.

Pasukan lain tu scammer je.

BACA:  Harry Kane Tak Sertai Sesi Latihan Bersama Tottenham Hotspur